Friday, January 7, 2011

KALAU boleh patah balik masa...

Assalamualaikum...

kowang mesti pernah terfikir macam ni kan :
"kan best kalau dapat patah balik masa..."
yeah, aku pun macam tu juga. mesti seronok kalau dapat buat macam tu.
tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata. semua itu hanyalah fantasi yang tidak akan terjadi walaupun kita disogok dengan pelbagai rancangan dekat TV...
Allah itu Maha Kuasa...

Kenapa...?
ASWAD, kenapa tiba2 kau nak patah balik masa ni? mesti kuat berangan kan?
    tetttt...!!!
salah. walaupun sebenarnya dah agak betul dekat situ. aku memang kuat berangan. kalau kowang nak tahu la. aku selalu berangan dapat jadi macam yang dalam TV tu. masing2 ada kuasa best2... lepas tu guna untuk selamatkan orang. yeah...
~Dengan kuasa bulan, akan menyelamatkanmu... haha

tapi, orang selalu cakap mcm ni kalau dia ada buat salah. betul?
yeah~ aku pun ada buat salah. mcm2 kesalahan yang aku dah buat. 

1.  actually, yang ni bukanlah kesalahan aku. cuma, yang ini aku rasa aku tak patut berada dekat situ waktu tu. aku rasa sebab aku ada dekat situlah aku jadi macam mana aku sekarang ni. seorang yang pendiam, pemalu, dan segala2nye la.. tak bersyukur ke aku???
argh... aku bukan tak bersyukur, tapi aku rasa aku mmg tak patut ada dekat situ waktu tu. 
apa yang aku cakap ni? dekat mana?
huh, biarlah aku je yang tahu ( ada juga yang da tau..xD ). 
bagi seorang yang berumur 7 tahun, aku rasa benda tu tak patutlah dilihat... walaupun aku tak ingat perbualan itu, tapi aku ingat perbuatan itu... ummm..

2. yang ni secara general... aku nak patah balik masa sebab nak make sure aku tak buat segala kesalahan yang aku still ingat apa yang aku da buat.. aduh, mesti bersih dosa aku. apa yang aku da buat dekat mak ayah aku, nenek atok aku, adek beradek aku, kawan2 aku... 
~kalo gitu, tade gunalah syurga neraka kan?

3. aku nak minta maaf dekat sesetengah orang. 
yeah... i would like to say sorry....! aku tahu aku ada buat something yang aku rasa aku tak patut buat, and   maybe aku tak berani nak jumpa or tak berkesempatan nak jumpa.. kalau kowang yang terasa tu, silalah maafkan aku yer...

yang lepas jadikan sejarah dan tauladan,
yang sekarang jadikan yang terbaik,
yang akan datang jadikan yang lebih baik...

itu aje la kot. i'll see you all later..
tata tutu titi toto tete..
assalamualaikum...

~ 4.24 pm
~ bosan duduk rumah...:(

No comments: