Friday, October 28, 2011

OMD : WANGSA WALK

Assalamualaikum..

salam dan hai diucapkan kepada boyish-boyish dan girlish-girlish yang sekali lagi tidak sengaja membaca blog aku ni.

entri kali ini ialah satu lagi entri untuk OMD aku. so, this time my destination was WANGSA WALK.

takde tempat lain ke kau nak pergi, Aswad? asyik-asyik WW tuh. naik jemu tahu tak?
MY ANSWER :  So what? duit aku, bukan duit kau ! :p



27 OKTOBER 2011 ( KHAMIS)

Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu, aku TER-contact kawan lama merangkap one of my gegerl's bestie ni. tiba-tiba pula dia tanya sama ada aku free ke tak keesokan harinya, and jawapan aku :
OF COURSE AKU FREE !!

kemudian, kami pun buat agreement untuk jumpa esok di Wangsa Walk. 
okey, fine. aku pun dapatlah tidur dengan hati yang berbunga-bunga.

nak dijadikan skrip drama melayu terakhir pula, lepas je Subuh, aku ingatkan tak mahu tidur. tapi, nafsu serakah aku lagi kuat, jadi terpaksalah aku memeluk semula bantal peluk aku yang bunga-bunga tu. 


MESEJ 1 : Wad, pkl 11 eh. ckp ngan wawa lah :)  9.26 a.m

MESEJ 2 : Wad, wawa jd pg x? a+en x jd pg.. Ko dah bgn ke blm ni?   10.11 a.m

dan aku hanya baca mesej2 tu pada jam 12.30 TENGAH HARI. !!! -sorry-

aku pun dengan gelabahnya cepat2 adjust balek masa, pkul 1.30 NAD akan datang amek aku dekat rumah. and aku terus mesej WAWA, suruh dia get ready time tu juga.

kenapa NAD datang ambil kau? kenapa kau tak pergi sendiri? 
MY ANSWER :  dah kereta aku dekat Jengka, and dia yang nak ambil aku. kecil tapak tangan, negeri cina aku tadahkan.

lepas bersiap, akhirnya NAD datanglah ambil aku dekat rumah. then kami pun meneruskanlah perjalanan ke WW tuh. sambil2 tuh, sempatlah juga bergosip menukar maklumat. yalah, dah lama gila tak jumpa. 

TENTATIFNYA : 

* Sampai2 kami terus naik ke tempat boling. tapi dapat tahu diorang masih lagi tak sampai. untuk pengetahuan, WAWA datang dengan ANEM yang tiba-tiba boleh datang pula.
* Kami kemudiannya turun balik ke parkir kereta, and direct terus ke Carrefour, untuk pergi pejabat pos.
* Then, dapat call daripada WAWA yang diorang dah sampai. 
* Kami pergi balik WW, dan jumpa diorang tekat pusat boling tuh.
* WAWA, ANEM dan NAD sangat excited sebab dapat jumpa. siap buat kiss-kiss lagi. aku walaupun TERINGIN nak join, tapi tak dapat nak buat. heee


* Terus kami pergi main. 2 game dan pemenangnya sangatlah nyata, iaitu aku. walaupun ANEM pada awal2nya mendahului.
(hebat juga minah ni)
* Lepas selesai main boling, gosip2 skit, gelak huha huha, usha sini usha sana, kami terus keluar dari situ and pergi food court.
* Aku makan nasi goreng ayam merah, ANEM makan nasi ayam penyet, WAWA makan mi bandung (sedap kutttt ), NAD makan kuew tiaw goreng.
* selepas sesi sembang dan gelak2 sambil mengenyangkan perut, kami pun beransurlah pulang. 


TRIVIA MENARIK?

- ANEM asalnya tak boleh pergi, tapi tiba-tiba dia boleh pergi pula.
- sepatutnya FATEN join, tapi dia pula ada hal.
- aku ngn NAD terpaksa masuk parkir dua kali sebab NAD sangatlah puteri lilin, takut kena panas.
- ANEM paling banyak kali strike! tapi dia still kalah !! (sumpah jeles)
- WAWA punya bola spin woooo !!
- ANEM tak tahu ada food court dekat situ sebab dia biasa makan yang mahal2 je.. hahhaa
- NAD baru terasa feeling tengok cerita korea. itupun cerita 2 tahun lepas. BOF..
- waktu balik dekat highway, aku ngn NAD potong kereta ANEM, tapi dia tak perasan. penat je aku lambai2, macam orang tak betul









WATAK UTAMA : 


-ANEM (yang tgh peace tuh )
- satu kelas dengan aku form 4 & 5
- Dulu dia pengawas sekolah
- dulu dia garang, skarang dah jadi perempuan melayu terakhir
- degree statistik dekat UPM
- masih single, kalau nak, boleh isi borang. kui3.




- WAWA (yg tgh tongkat dagu tuh )
- satu kelas ngn aku dari form 3 - 5
- dulu dia pengawas pusat sumber, tapi dia berhenti. jadi pelajar biasa je.
- seksi lagi menggoda. phewwwit. hehe
- diploma perakaunan UiTM SEGAMAT
- single juga. kalau nak, datanglah rumah aku. kami berjiran. selang berapa rumah je.
- dia suka warna merah



- NAD (yg belah kanan beg ada bunga tuh )
- satu kelas dengan aku waktu form 3 je tak silap. (ye ke nad? aku tak ingat. haha)
- entah macam mana kitorang jadi rapat, aku ta sure.
- pengawas sekolah dulu.
- diploma pengajian perniagaan UiTM KUALA PILAH
- dia banyak juga simpan rahsia aku. hehe
- sekarang dia single, tapi its complicated. kan NAD kan? xD
- dia suka warna biru

-AKU
- korang tak perlu tahu apa2 pasal aku.


kenapa macam sekejap sangat? kenapa macam bosan je?

SO WHAT? YANG PENTING KAMI ENJOY... kan? 
rindu korang ketat2..




NAD - ANEM - WAWA


nasib baik NAD ambil aku. JIMAT tambang bas ngn tren. 

Saturday, October 22, 2011

OMD : PUTRAJAYA

Assalamualaikum...

helo dan hai diucapkan kepada anda semua yang secara tidak sengaja telah TER-klik dan TER-baca entri saya kali ini.

OMD? apakah itu? OMG ke???

For your very detailed information, OMD itu ialah Operasi Menghabiskan Duit aku. this time, aku dengan tiba-tibanya mahu ke Putrajaya, tempat owang govemen kerja tuh..

apa barang pergi Putrajaya..
tak best langsung kat sana. bosan!
baiklah tidur dekat rumah..

my answers? suka hati akulah nak pergi mana!


Tentatifnya:


20 Oktober 2011

entah apa yang terjadi, aku telah tanpa liat dan liutnya untuk bangun sembahyang subuh pagi itu. Mungkin sebab aku sudah mind set dalam kepala awal-awal yang aku nak sangat pergi sana kut. Lepas aje solat, aku tak tidur. 
Well, itu satu pencapaian yang sangat besar!

kami dah berjanji untuk jumpa di Putrajaya Sentral pada pukul 11 pagi. So, aku pun usha jam, masih awal lagi. sempat pula aku online.
jam dah dekat pukul 9. aku pun capai towel and bersiap untuk menghensemkan diri yang kurang hensem (adalah SOMEONE tu cakap mcm ni kat aku!)
bila dah hampir sepluh kali telek depan cermin, suddenly ada bunyi bas. 
Yeah! bas dah masuk!!!

aku pun bergegas nak keluar, and then guess what? aku terlepas bas! semuanya gara2 aku tak jumpa stokin. oh my!!
nasib baik bas masuk lagi, itupun selepas 30 minit, which is dah pkul 10!!

terus ke LRT Taman Melati, aku dengan bangganya tettt kad Touch n Go aku, naik tren terus ke KELANA JAYA. kenapa Kelana Jaya? sebab aku dapat jimat duit. 
turun2 aje dekat sana, aku ley pula terjumpa dua kawan aku.
Fatin Athirah ngn Nadiah (lama gle tak jmpe dowang)

selepas sesi gosip2 skejap, aku pn hai hai bai bai dengan downg, and naik bas U43 straight ke Putrajaya Sentral.
Bila dowang mesej, aku cakap aku dah nak dekat smpai. padahal...

kat sini ada something yang jadi. ada tourist ni dia naik bas tu juga. then dia turun. bila smapi dekat area puchong perdana, suddenly tourist yang sama tu naik bas tu balek. aik.. aku pelik. 
rupa2nya, dompet dia hilang. and dia ingatkan ada dalam bas tu.
aku rasa dia naik teksi kejar kut..

ble ktowang cari, and tak jumpa2.. oh my. aku yang memang SENSITIF (bak kata ORANG TU laa) ni, terus kasihan tahap kesian dekat dia bila dy mcm nk nangis. yalah, siapa yang tak nangis kalau dompet hilang. dah la dia tu tourist. kalau dia orang malaysia, boleh la dia call mama papa dia datang ambil dekat situ.

enough with that, and finally here i am at PUTRAJAYA SENTRAL. pukul 12 baru smpai. SEJAM LEWAT!! (Kesian dekat ZUL yang tunggu dari pukul 11. walaupun aku tak percaya sangat cakap dy tuh. haha)
selebihnya aku tunjuk pakai gmbar. 
tak larat nak taip banyak2.








cantik tak semua tempat ni? semua ada kat putrajaya tuh. tapi kowang nak tau something? AKU TAK SEMPAT PUN NAK MELAWAT TEMPAT2 tuh..!!!


so? apa yang aku buat? macam tade keje lain, aku hanya menuju ke ALAMANDA PUTRAJAYA je laa..

aktivitinya?
* kami terus pergi makan sebab SHIRA tu lapar macam raksasa. daripada dalam bas dia duk bebel lapar.
*sampai aje dekat Alamanda, gi ambil YUNI. dia tengah feeling sorang2 dekat satu sudut sampai tak sedar aku duduk tepi dia. opps, terkejut mak! (kelaka muka dia time tuh. heee)
*kami makan dekat Rasa sambil gosip2. sempat juga kami gaduh2 pasal bakal suami dan isteri. semua salah SHIRA ngn ZUL jugak.
*SHIRA bising sebab  YUNI tak abeh makan. so, di-offer untuk habiskan. (sumpah tade owang nk amek kau jadi bini!)
*kami ke GSC utk check cerita apa yagn ada
*solat zohor.... (kagum dengan surau dia, walaupun kecik)
*sembang2 dekat luar sementara tunggu EKIN dengan YUNI. sempatlah kami bertiga bertukar2 'maklumat'.. (rahsia kamu akan ku simpan ketat2)
*kami main boling. 2 game, dan aku MENANG dua2 game tuh. SHIRA menjerit sangat kuat, macam pusat boling tu dia yang punya. EKIN dengan YUNI tamau main sebab diorang nk g makan. geram. Am datang dengan kawan2 dia, and yang paling aku blink2, AM ngn YUNI sedondon. pheewwwwwit..
*abeh je men terus pergi tgk wayang. REAL STEEL. actually aku tamau tgk, sbb ZUL dah tgk. tapi, pergi je la sbb am datang dari jauh. (jap, bukan aku lagi jauh ke?)
*tgk cte tu mcm tgk 2x sebab ada 'radio' kat sebelah aku. actually,dua2 belah. belah kiri ZUL yang sangat baik hati bagitahu apa jadi lepas tu. berjaya juga aku diamkan dia untuk seketika. SHIRA pula sgt excited dan tak abeh2 risau pasal nk pergi beli barang dekat Carefour. disebabkan kehebatan aku dan ZUL memujuk, dia berjaya juga tengok cte tu sampai habis,. (siap lompat lagi bila robot tu menang)
*keluar2 je, terus cari tandas! sangat terdesak!!!


*solat asar
*teman SHIRA kat carefour tuh. time kitowang sampai, dia dah nak bayar. so, kira teman bayar je la.
*then terus keluar ke bus stop untuk pulang ke Sentral.
*hai hai bai bai dekat EKIN yang teman.
*hai hai bai bai pula dekat SHIRA yang balik dekat Sentral
*solat Maghrib
*Naik bas E1 untuk ke Pasar Seni. terima kasih dekat ZUL sebab teman aku daripada aku smpai, sampailah aku balik. kau memang boyfren yang sangat baik. haha
*hai hai bai bai dekat ZUL yang naik bas dulu. (untunglah ada awek cun duduk sebelah!)
*aku dapat gak naik, tapi hanya bergerak selepas 30 minit sebab dia nk tunggu penuh. oh my! (nasib baik lalu higway and tak jam)
*sampai di Pasar Seni, terus naik tren ke Taman Melati.
*Bas tade, kena tunggu. tepat jam sepuluh, sampai rumah. (terus mandi sebab takut demam lagi)

antara mesej2 yang menarik:
bole2.. td mama yuni tnye, kwn yg gombak tu da balek ke. nape xajak dtg umah mkn2 dulu..
(sangat rugi sebab ta g makan dulu)

ADDITIONAL INFO :
- dekat rumah ZUL ada banyak nasi dagang. saje je bagi aku jeles.
- Mak SHIRA ingat aku nak tidur dekat rumah dia. boleh je makcik, tapi saya takut dengan encik zakaria tu. polis. awwwww..
- kesian EKIN bawa nikon berat2, tapi ta dpat amek gamba. siap mesej suwoh datang lain kali untuk stay lama2 skit.
- ZUL tak abeh2 ajak pergi kayak. rasa mcm nk rendam dia dalam air kolam tuh! haha
- aku telah menghabiskan plus minus RM50 di sana
- next time aku datang mmg aku bawa kete. penginapan rumah ZUL, makanan rumah YUNI, kamera sponsored by EKIN, SHIRA jadi Tour GUide Free. haha

so, that's all untuk OMD kali ni. next time, aku post lagi kalau ada operasi yang menarik. see you later then.
weeeeee~

PARA PELAKON :

Ini AKU -no komen-


SHIRA -bini tak jadi. suka makan-

YUNI -bini nombor 2. pendiam melainkan diransang-  & AM -stephen rahman jengka. bising melainkan diransang-

ZUL -merangkap 'boyfren' aku. hensem kan?-

EKIN -bini nombor 1, tapi da kene cerai. suka mata sepet-

next time aku lepak sana lama sikit and kita jalan sampai muntah okey. walaupun sekejap, SUMPAH BEST LEPAK NGN KOWANG. lap u all~

kenapa aku tak naik ERL?
jawapannya simple : 
MAHAL, and aku sangat BERJIMAT orangnya.

Sunday, October 16, 2011

SEMESTER BREAK


Assalamualaikum!

hai kengkawan. rasanya dah lama sangat tak update entri baru (actually, memang LAMA SANGAT). maaflah ya. Bukan saya tak mahu update entri, tapi kesibukan belajar itu menjadi penghalang untuk saya menghiburkan hati anda semua (kononnya)

so, starting from 9 of October yang lepas, semua pelajar Diploma dan Pra UiTM secara rasminya telah pun bercuti semester. (jom lompat ramai2)
dan sudah tentu, ada juga segelintir daripada kita yang TERPAKSA dan DIPAKSA serta PAKSA RELA mengorbankan cuti2 anda diatas tanggungjawab yang diamanahkan (harap2 ikhlas)

and for your very detailed information, saya mewakili ribuan student BM112 part 5 ingin merasakan ketidak puasan di hati yang melonjak2 kerana menjadi mereka yang terakhir sekali mengambil exam. oh INTERNATIONAL TRADE..!!!!
(sempat kami main kejar2 dengan pak guard, gadoh2 sebab nak tutup pintu gate!!)



cuti kali ini, a bit bosan sebab most kawan2 sedang belajar lagi.
* Well, mereka degree dan saya diploma jewwww


so, disebabkan kebosanan yang melampau2 tu, saya telah pun merancang beberapa pakej percutian yang saya rasa menarik untuk kita ramai2 buat:

1. Mengabdikan diri di hadapan Lappy masing-masing sehingga lebam mata.
   

    well... actually inilah yang sering dilakukan tidak kira masa dan tempat, sama ada cuti atau pun belajar, sama ada waktu kuliah atau pun exam. memang tidak dapat dipisahkan antara kita dan lappy. 
(kalau dulu henpon ialah nyawa student, sekarang dah ada pesaing!!)

   *tapi anda perlu berhati untuk tidak dikejar oleh mak ayah atok opah anda kerana bil elektrik yang melambung2 nanti. TNB juga yang senyum lebar.

2. Mengikis, menghabis, mencukur, membotak dan menghabiskan DUIT



   shit! tipulah kalau kowang cakap kowang tak suka shoooooping macam nie. well, kalau dalam poket tu da kembung dengan kertas warna warni gamba tunku tu, rasanya tangan pun mulalah menggatal nak menderma pada owner butik, shoooooping complex dan yang se-geng dengannya. jadi, jika kamu bosan, ini ialah aktiviti yang antara terbaik untuk dilakukan. well, window shoooooping pon boleyh..

* kalau nak shooooping, sila ajak saya okey. uhuk2

3. Membuntang, mengangkang, berkuak lentang



   okey, this is one of my paveret hobby. TIDUR!!!
yeah.. rasanya kita memang patut tidur setelah penat lelah study last minute untuk exam (ooops). ditambah pula dengan bantal yang memang sudah lama tidak dipetakan, bantal peluk yang sudah lama tidak digomol, selimut yang sudah lama tidak diselubungkan dan jam loceng yang sudah lama tidak dicampak ke dinding sebab terlalu bising!! 


  oh, memang nikmat kalau dapat tidur nie. dan secara purata, saya hanya akan bangun apabila azan zuhur berkumandang. hebat kan? (subuh jaga okey)

* sebelum buat macam ni, make sure anda kunci pintu. kalau tidak, mak ayah atok opah anda akan berusaha untuk mengembalikan roh anda yang sedang terbang ke alam mimpi tuh. kui3..



so  boboys and gegerls sekalin, enjoy ur holiday. till us meet again.

untuk yang DEGREE tuh, baik di Shah Alam, atau di Melaka, dan sikit2 di Dungun, sila jangan ikut benda2 nie. anda kena STUDY okey...


 bubye