Sunday, January 30, 2011

AKU SEXY..?

assalamualaikum.

wah, ASWAD...! lama gila kau tak update blog kau ni. 
maaflah ya. bukan tak nak update, tapi aku dah mula sibuk dengan macam2.
assignment yang tak jemu2 datang memujuk, 
kerja yang tak reti bahasa aku dah letih,
test yang tup tap akan muncul tak lama lagi,
new post yang buat aku makin sibuk..
adeh2.. nk wat camne. redha aje la...

oh my... ASWAD! you are trying to tell us that you are SEXY??? are you lost your mind somewhere? go and look for yourself in front of the mirror... is that SEXY???

muahahaha.. mestilah. saya, KHAIRUL ASWAD mengaku yang saya SEXY...!
kenapa? sebab ni... try buka and tengok.


dah tengok? haaa, kita patut bersyukurlah kita ni dilahirkan sebagai seorang MELAYU yang ASIA. lagi beruntung kita lahir dalam ISLAM. Subhanallah.

rupa2nya, ramai mat ngn minah saleh kat lua sana yang berebut2 masuk klinik buat pembedahan semata2 nk dapatkan mata orang ASIA yang SEXY..
dan ramai juga yang tak sabar2 nk pergi tepi laut, pakai g-string, thong bagai hanya untuk gelapkan kulit. siap ada yang pergi kedai untuk gelapkan kulit lagi.. haaa..

so, kenapa orang MELAYU kita yang dah ASIA dan dianggap SEXY pada mata diorang, terhegeh2 nk jadi macam mat ngn minah saleh lak? ishk2.. tak paham betul..
ni antara gelagat mereka...

1. Rambut kaler2...
aduh.. masalah betul lah. sumpah aku cakap, aku pantang sikit tengok perempuan yang main krayon atau pensel warna luna kat rambut ni.  kalau tak bertudung tu, ummm, tahan lagi, tapi kalau dah warna. sorry, not my taste... apalah salahnya biar je rambut warna hitam. bak kata Rain, hitam itu bergaya..hehe..

haa, gambar kat atas ni aku ske. lagi2 yang merah tu. please lah buat macam tu. sumpah memang MELAYU ASIA habis...xD
aku rasakan, owang yang rambut kaler2 nie mesti ada penyakit. rumah tak cuci eh? tu sebab rambut karat2. tapi warna merah ngn ungu tu aku tak pasti sebab karat ke apa. eh, zaman dah moden kan. karat bukan warna perang dah..hee..

Sepatutnya kowang macam ni la~xD
~jangan bawa keris bagai pergi jalan2 sudah. naya je huru hara KL tuh.

2. Baju adik...
amek ko.. buka lagi, buka.. ishk2..
tak pahamlah owang MELAYU kita ni. yang lelaki elok je menutup segalanya. dah macam perempuan pun ada. bila lelaki pakai cap, snow hat, sah2 tak nampak rambut sangat. yang botak apatah lagi. tapi yang perempuan. selagii boleh buka, buka.. tunjuk. saja jalan mendada, nk tunjuk yang tak seberapa tu. 
ada juga yang sengaja jalan menonggek. kalau ori takpe, ni tak. dah mcam owang baru lepas sembelit jer. ishk2...
ini bukan definisi SEXY yang sepatutnya eh.

boleh tak aku nk koyak baju dia?
aduh, ni lagi sowang. baik tak payah pakai baju. sah2 kau tayang warna bra ko tu dekat owang. aku rasa dia ni culture shock. baru balek dari barat kot. tu yang susah nk adapt tu. ASWAD, positif...

Tett, MELAYU TAK BOLEH tau~

cukuplah tu. kang dah boleh buat khutbah jumaat untuk 3 minggu lak kalau aku smbung. so, pada sesiapa yang agk2 terkentut bau busuk tu, kalau boleh berubah la yer.. aku pun tak perfect, mungkin ada salah silap aku yang aku baru sedar.. kita sama2 lah yer..
akhir kata, 
im proud to be a MUSLIM, MALAY, ASEAN and SEXY....!!!
contohilah aku ni..hahahhaha~

i'll see you soon,
assalamualaikum.

tata tutu tete titi toto

~ 10 malam.
~ dah berapa kali pergi tandas. sejuk...!

Monday, January 17, 2011

Hangout Time...

Assalamualaikum...

Wah~
Haa, aku rasa kowang semua dah boleh agak kan kat mana aku Hangout ngn kekawan aku? 
Betul...! mak kepada negeri Pahang, KUANTAN... 
sebenarnya takdelah best  mana pun pergi sana, cuma sebab aku pergi dengan kawan2 yang gilanya tak macam orang waras, itu yang best kot.hahaha...
Jadi, kowang nk tau tak macam mana trip aku ke Kuantan? jom... astalavista..

BAS KUDA..!
aku dah lama cadang nak pergi Kuantan ni. tapi Jumaat hari tu yang berkesempatan. kalau tak, memang tak tergerak pun dari bandar Jengka kesayangan ni. Siapa yang pergi? oh, mestilah si PEGUAM dan GURU TADIKA tu. 
kitowang rancang nk naik bas pukul 8.30 pagi, tetapi disebabkan aku berpegang kepada kata2 ni,
"Kita merancang, Allah menentukan..."
kami pun terlewat naik bas. dapat naik bas kul 9.30, tapi gerak pukul 10 sebab dowang nak penuhkan bas.
~ASWAD, sebenarnya kau yang lambat bangun eh...hahaha

kami pun naiklah bas yang macam naik kuda tu sehinggalah ke Kuantan. rasanya dekat 2 jam jugalah. pergh, bontot aku dah rasa macam nak tercabut sebab duduk lama sangat dalam bas tu.
ASWAD, 2 jam tu tak lama lah. cuba naik bas pergi Arau pula...
Oh, manusia sekalian. Sesungguhnya aku memang tidak boleh duduk lama tanpa membuat senaman punggung. aku akan rimas. hahaha..
~duduk seat belakang sekali, memang dapat naik kuda free lah...
inilah BAS KUDA kami~


LAS VEGAS KUANTAN
Kitowang sampai Kuantan pukul 12 kalau tak silap. Kemudian kitowang simpan beg dekat kaunter simpan beg tu, pastu menapak pergi ke Megamall Kuantan.
oh, aku sungguh jakun.hahaha. mesti sebab lama sangat duduk Jengka nie.
masuk je dalam Megamall tu, aku rasa macam nk masuk semua kedai dalam tu. maklumlah, dekat Jengka kedai boleh bilang dngn jari jer..xD
kowang nk tau? PEGUAM dengan GURU TADIKA tu beria sungguh main dekat game center yang dekat atas tu. yang pakai token.. pergh, semangat habis dowang cuba mendapatkan henpon kamera. hahaha.. sanggup tu ulang alik tukar token. tabiklah!!!
kata si PEGUAM  :
"Kalau ada orang tanya buat apa pergi Kuantan, just tayang je henpon tuh..."
tapi tak dapat pun.hahahhaha..
~aku main tarik anak patung tu jer... tapi tak dapat...sob2..
yang belah kiri tu yang aku geram sebab tak dapat..
SELANGKAH KE SYURGA


Alamak, jam dah dekat pukul 1. Kami pun cepat2lah keluar dari Megamall tu. okay, aku dah tak ingat jalan nk pergi masjid.hahaha.. aku mesej mak aku tanya masjid dekat mana, tapi dia tak balas. ah, sudah! kang sesat sampai masjid terengganu kang, naya jer...
patu ktowang jalan je la.. alek2 kitowang nampak ada sikit punya tinggilah tiang masjid tu. sah2 tu masjid. 
Oh, Allah.. terima kasih sebab bagi petunjuk. 
masalahnya sekarang, walaupun kitowang dah nampak tiang masjid tu, camne nak pergi sana? aku cadangkan kitaowang ikut je ada sowang pakcik yang pakai kopiah tu. mesti dia nk pergi masjid gak. 
tup tap dia hilang. pakcik tu mmg nk datang sebelum imam kot. laju btol.
kitowang jalan je la. walaupun ketiak dah bagi signal nak pancut peluh, tapi disebabkan keimanan kitwoang yang sanggup meredah bahang matahari, akhirnya kami sampai juga ke masjid tu. Alhamdulillah..
~harap2 tergolong dalam kalangan mereka yang masuk syurga..xD
Besar gle masjid ni. lawa lak tuh~

PENCARIAN BAKAT BARU
bakat baru apa ni ASWAD? kowang jangan ingat kitowang pergi Kuantan ni semata2 nak berjoli dan bercoli jer..eh, tersasul.haha.
lepas je semayang, kami bertiga membuka langkah semula ke Megamall.
hello, bukan untuk mencari bakat baru penjudi terhebat Malaysia, tapi sebab kami ada agenda lain dekat situ.
nak buat apa?
MAKAN...!!!!!!
yeah~ aku berjaya memujuk mereka untuk makan di Pizza Hut. sumpah aku ngidam.. nk makan Hawaiian Chicken tambah cheese keras dekat tepi tuh. wahhh...sedap2. harga? takyah cakaplah. biarlah rahsia. hehe.
lepas makan, dengan perut masing2 yang dah mcm mengandung 7 bulan, naiklah ke tingkat paling atas untuk 'bersukan'..

Sume Am yg abehkan.haha
Sumpah sedap~


1t time dia men boling~

apa lagi, Bowling time...!hahahaha
salah satu tujuan aku pergi Kuantan ni sebab nk main boling lah. bapak best. kitowang main 3 game jer. sebab takmo main lama2, nnt dowang minta kitowang main untuk Malaysia pula. kitowang still nak belajar dulu lah.hahha
~jari rasa nak tercabut time tuh. tapi puas...!

Rugi je tak abeh.. :(

TELUK CEMPEDAK...!!
"Hello Jerry, kau dekat mana?"
"Aku dekat Gambang"
*** sejam lebih kemudian ***
"Hello Jerry, kau dah sampai ke belum?"
"Aku tak sampai lagi..."

Masa bila pula Gambang dengan Kuantan sejam lebih? pakcik naik basikal pun boleh sampai 45 minit. rupa2nyer, dia naik motor. tapi motor bukan laju ke? hujan kot..
sementara menanti VIP tu datang, kami berjumpa dengan kawan Am. nama dia Nabil.
1st impression, satu lagi geng Am. anak2 owang kaya..hahahaha
dah la mamat tu lagi tnggi dari aku. tercabar gak lah, sebab jarang gle dapat jumpa yang lagi tinggi. haha.
untung mamat tu peramah orangnyer..boleh la masuk jarum cepat sikit.xD
meronda ke kedai laptop, lepas tu beralih ke terminal semula.

surprise.....!!!


ada Apis ngn Azmi sekali. wah, meriah.
pot pet pot pet sekejap, lepas tu kami angkutlah satu teksi untuk ke TC. RM15. okeylah kot sbb kitowang naik berempat. smpai je dekat TC tu, aku semangat gle nak mandi. tapi tgk bendera merah tu dah naik. maknanya taley mandi. sob2.
patu dowang ajak gi lalu jambatan untuk pergi side sebelah sana. bapak panjang jmbatan, tapi cantik..
Thanks dekat nabil sbb amek gamba~

sampai je dekat hujung, aku pun membogelkan diri untuk mandi.hahahahahhaa.
serius aku suke gle dengan ombak dia. walaupun aku tak pandai berenang, tapi aku bajet pndai berenang.
badan aku luka, tgn ngn jari aku berdarah sbb kena hempuk dengan ombak besar smpai tercampak kena batu besar. bayangkan besar mana ombak tu. waa..
kalau owang len, msti ada yang da serik, tapi apa aku buat? pergi cari lagi ombak besar.hhahaha

dah puas mandi, kami pun pergi la membersihkan diri. lepas tu pergi mamam. Apis, Azmi ngn Jerry nak makan McD... tapi kami berempat hanya makan gerai biasa yang harganya macam dekat hotel.haha..takpe, sedap...sesedap akak yang jadi waitress tu..hahahahha..xD

lepas tu ktowang sembang2 sekejap sambil menikmati panorama malam tu. sekejap ke? sumpah lama..sampai pukul 12 lebih.. dekat 6 jam kitowang dekat TC tu. mcm2 kitowang nampak.
nk dijadikan cerita, aku ternampak ada BAPOK 3 owang.
finally, aku dapat jumpa BAPOK..
~tak pernah jumpa live...xD
yg kelakanya, aku tengok dowang macam buat mesyuarat tingkap, lepas tu main gedik2, tarik2, tolak2. apa dowang nk buat tu? takkan nak beraksi dekat situ? bapak public figurenyer.. rupa2nyer, dowang TAKUT NAK MASUK TANDAS LELAKI...hahahahahha..!!!
bongok, nak sangat jadi BAPOK, kan dah susah nak  masuk tandas.hahaha

dah rasa mcm nk tercabut segala sendi, kitowang pun merancang ler nk balik. apa yang jadi? pakcik teksi tak dapat dihubungi. sah2 dah terbongkang atas katil. takkan nk tidur dekat situ kot. angin pantai seram siut..haha
nasib baik, ada abang waja putih..hahahah..
~untung tak payah bayar..hahahahahhaha


Aku suka gamba nie~

Hyatt Regency~

Terasa seperti fotografer hebat lak.haha..tu azmi~

AKU tgh nk berak,hahaha

Sesi pemujaan laut.haha. hebat tak Jerry tutup Apis?

Yg hitam kat tepi tu buka tuttt eh~

"HOTEL ITALI"
mahal gila????oh tidak~ kenapa Hotel Itali? macam biasalah, perosak bahasa Am yang bagi.haha.
aku pelik tol. nama tade owang penah dengar nama tempat aku tuh.
actually, dowang semua tidur dekat uma aku. nama tempat aku tu Setali. semua tak tahu kat mana, walaupun owang yang duduk kuantan. hahahaha...
biarlah. janji memang ada rumah dekat situ. 
kami semua sampai umah pukul 12 lebih, dekat pukul 1 tak silap. kemas2 sikit umah tu, pastu aku bentang la toto. sempat gak dowang beli makanan untuk supper
pastu kami sembang2lah sesama kami. mcm2 rahsia terungkai.hahaha..
waktu ni lah aku rasa Nabil tu takdelah susah sangat nk berkawan ngn dia..ok jer.
atas sofa Azmi, pegang fon Nabil, baju putih Naza, pastu Jerry.

langsir buka takut moto kena curi.haha
pagi tu kami bangun. cadang bersiap lebih kuwang pukul 11, tapi 12 lebih baru keluar rumah. 
dalam masa tu, sempat la juga aku main game kad. bukan judi eh..
dowang bagi nama game "kencing". pelik2 je nama game tuh. kesian owang yang cipta game tuh.haha
seronok pula main game tuh.

lepas tu, kami keluar. okay, pakcik teksi tu tak angkat fon lagi sekali. huh, penat sangat kot wat 'overtime' ngn bini.hahah.
Alhamdulillah, nasib kami agak baik kerana ada teksi yg lalu dkat situ. kami terpaksa buat mesyuarat tingkap sebab kami ada 5 owang, plus pkcik teksi tu jadi 6 owang. mana boleh naik kereta. 
akhirnya, SUMBAT jer..hahaha.

smpai bandar,kami pergi EC mall, makan, tengok wayang, cerita yang namanya macam best tapi jalan cerita dia hanya boleh dikategorikan sebagai OK, lepas tu makan lagi, BIG APPLE, dan akhirnya berlari ke benteng untuk naik bas last ke jengka kesayangan.
bas tu pula macam tutttt..
aku rasa driver dia sedara mara Alex Yong la..bapak laju dia bawak. cuak aku.
akhirnya, sampai juga ke Jengka.
~sempat singgah pasar untuk MAKAN lagi.hjahahaha

apa2 pun, aku nak ucap terima kasihlah dekat semua yang ada waktu tu.,serius bessstttt dowh....!
Am si Peguam.
Naza si guru Tadika.
Apis si Abang Misteri.
Azmi si Adik kiut.
Jerry si perasan kiut.
Nabil si Kawan Baru.
Aisya si tak kisah.

Thanks to all of you.
i'll see you soon.
tata tutu titi tete toto.
assalamualaikum

~1.40 petang
~Sedikit mengantuk.... xD

Sunday, January 16, 2011

Mereka (2)

Assalamualaikum...

Haloo.. man hunak? haha..
Yeah~ kita dapat jumpa lagi. mesti kowang dah tak sabarkan nak baca apa yang aku nak merepekkan jadi kerepek untuk entri kali ni? sabar ye para peminatku...haha

kalau yang lepas, aku dah perkenalkan watak2 utama BM112 untuk season 1 kat jengka ni, kali ni aku nak perkenalkan watak2 utama untuk season 2 dan seterusnya pula. haha.. lets the drama begin...
~ramai complain gambar dowang tak smart.. hei, nasib baik aku tak letak gambar kowang tengah tido. biarlah aku je yang gelak bila tgk gmbar tu. hahaha...

ANWAR IBRAHIM
King of Merepek..haha

huh, yang ni memang takut nk buat explanation. nanti kena saman.hahaha... unik kan nama dia? kami kawan2 dia yang tersayang hanya memanggilnya sebagai Nua. tapi jangan risau, dia ini memang berbeza dengan empunya nama yang lagi satu tu.. agak2 nye la. hahahaha... aku start kenal dia waktu semester 1. waktu tu kitowang dijodohkan untuk satu kumpulan dalam family day. berjoget2 kami di pentas. haha.. itu aje la. lepas tu waktu sem 3, kami ditakdirkan pula menjadi roomate yang sejati.wakakaka..
dia ni berasal dari Raub... mempunyai moto lagenda hijau. hampir semua barang dia warna hijau. fanatik kot. mamat ni ada tabiat pelik pagi2, tapi biarlah aku je yang tau... (and maybe certain people too..hahaha)
Anak berapa?
Disebabkan tabiatnya yang aku je tahu itu, aku  rasa boleh la kot mencecah 10 orang. huahua..
Pekerjaan?
dia cakap nk jadi tentera, tapi aku rasa dia lagi sesuai untuk jadi KAUNSELOR. sebab apa? dia kuat gle merepek. untunglah orang yang ada masalah jumpa dia, at least terhibur.haha
Kawen bila?
aku rasa esok lusa pn dah boleh kawen. ada sahaja wanita yang merapatinya. my first time kan Nua? hahaha...
~Nama anak nanti letaklah Mahathir... dapat Mahathir bin Anwar Ibrahim...semat siot...xD

EZZUL SYAFIQ
ABang kasanova..wakaka

Manusia ini sangatlah pelik dan perasan western... haha.. mengapa? oh, perhatikan dialog ini.
" Nama kau siapa? "
" Nama aku Ezzul Syafiq, panggil Jumie..."
ces, nama nak mat saleh jer. haha..bukan apa. dulu waktu mula2 bibit perkenalan kami, aku jenuhlah nak cari siapa Jumie tu. aku ingatkan Jumie ngn Ezzul tu dua orang yang berlainan. hantu btul. mamat ni sangat romantik. nk tau kenapa? shhhh~ hahaha..
tempat tinggal? tak yah cerita... nanti kowang bengang. dia duk kat Temerloh jer. TIAP2 minggu dia balek umah. oh my mama....!  rindu mak lah tu. wakakaka..
Anak berapa?
seorang je kot. itupun dengan pelbagai 'teknik'..haha..tapi rezeki, siapa yang tau..xD
Pekerjaan?
PENYANYI kot... bernanah telinga dengar dia nyanyi dalam bilik.hehe..
Kawen bila?
Wah, soalan cepumas ni. sebab koleksi awek dia banyak, lambat kut.hahahhaa..
~Jangan permainkan wanita..haha..(akan ku korek rahsiamu smpai dapat..hahaha )

HAFIZUL FIKRI
JBJ...!! autograp plis..

Justin Bieber Jengka...!!!! hahaha.. kenapa Justin Bieber? aku pun tak tahu. haha.. tanya lah mereka yang pakar. kalau muka? umm, mmg tak kena. badan? lagi la kot.. hehe..nama manja a.k.a comel dia Pijoe. seorang lagi ala2 mat saleh. cuma letak nama yang kemelayuan sikit. Fizul ke, fikri ke..xD
aku kenal mamat ni secara intim waktu part 3.. untunglah bilik dak Banking dekat2.. dapatlah aku mengeratkan silaturahim. yang kesiannya, ada kawan aku ingat Pijoe ni dak CS.. tak bley bla..haha
Pijoe ni berasal dari Maran. anak bomba tuh...!!! jangan men2.. Setakat apa yang aku kenal dia, mamat ni baik and nice lah.. sesuai kalau nak buat adik ipar..haha..
Anak berapa?
anak bomba kena 'kuat'... jadi, 15 orang lah..haha..
Pekerjaan?
PENARI BALET... yeah~Justin Bieber kan terer menyanyi ngn menari. tapi sebab versi Jengka, kena lain sikit.hahaha..
Kawen bila?
sebab feymes, kawen lambat kot.. gosip..gosip..xD
~tergolek sebab bayang Pijoe menari balet sambil pakai pakaian penari balet..hahahahhaha..!!!

MOHD ZUHAIR
Comel ke? hahaha

ini satu geng dengan Jumie.. mat saleh celup datang dari Alaska..nama konon kiutnyer ialah Jerry. seram sejuk aku. kenapa Jerry? mungkin sebab dia peminat setia cerita Tom and Jerry tuh. takpun, memang dia ada celup2 mat saleh. tnya empunya badan eh.. sorry to say okay Jerry. Sumpah 1st impression yang aku ada dekat kau waktu part 1 dulu amat buruk. aku ingat kau ni memang pure gengster lah. lepas tu dengan kaki patah waktu part 2. aduh, memang bukti yang sah dan sahih..sama macam Pijoe, kami berdua intim waktu part 3.. thanks to u la UPK... bila dah kenal, barulah tahu yang mamat ni rupa2nya baik. boleh kata amat baiklah. menurut perintah..bagus2..hehe..
mamat ni asal Keratong.. sumpah aku tak pernah nama tempat tu sebelum ni. sorry, saya orang bandar..haha.. guwau eh. actually dia tua setahun dari aku, tapi mcm muda kan? sebab dia macam budak2 kot. suka perasan comel.hahahhahaha..
Anak berapa?
12...sebab ada ciri2 ayah penyayang..! tapi dengan 4 bini..haha
Pekerjaan?
tolong lah jadi NURSE...! sebab dia baik and caring gak la..sesuai la..xD
Kawen bila?
belajar dulu eh Jerry. kawen waktu umo 27 tau..
~Abang NURSE.. i sakitlah..awwww..hehehehe..


MOHD NAZMIE
Makwe mana..wakaka

nama taff nyer Mat Kedah? sekarang ni orang duk cari nama manja pelik2 jer.. mat kedah. sebabnya? dia dari Kedah.. kalau dia dari Sarawak? Mat Sarawak lah? hahaha..mamat ni pun satu kategori dengan Pijoe ngn Jerry. aku kenal dia waktu aku part 3.. walaupun biliknya jauh di bawah, tetapi bilik aku sudah seperti menjadi seperti biliknya..haha.. aku hanya tersenyum dengan penuh kemanisan menerima tetamu..hahahha. mungkin sebab dia satu geng dengan Nua, dia pun ley tahan gak kuat merepek nyer. dia ni pun banyak cakap. aduh, ada je benda dia nk cakap. ley geng ngn Am lepas nie.hahahhaa.. kuat perli aku lak tu.hehe
seperti nama manja nyer, dia berasal dari Kedah.. Sungai Petani. nasib loghat tak pekat. kalau tak, ishk2... mamat ni seorang Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang 'berjaya'..hahahha.. minta je kupon dkat dia..hahahaha..
Anak berapa?
5 cukup..tayah gatai nak ramai2.. kesian dekat tutttt..haha
Pekerjaan?
aku teringin nak tengok dia jadi WAKIL RAKYAT. gaya dah ada.. bila lagi.haha..
Kawen bila?
tgk status FB, dah 'bertunang'...so, kawen esok je la..cepat sikit dapat anak..ooops..haha
~nk buat nickname aku Mat Gombak la..tanak kalah ngn ko.haha



SYED ABDUL RAHMAN
makan..makan..

last but not least, antara mamat dan kenalan aku yang baru juga. nama glamor dia Arab. adalah kaitan gak. boleh jugalah jumpa huruf A, R, A, B dalam nama dia tu.hahaha.. aku knal dia part 3.. dia sama kes dengan Jerry. 1st impression aku, mamat ni gengster abeh. tapi mmg gengster pun.hahaha.. tadelah..dia baiklah. penuh dengan nasihat didada. slalu dapat nasihat walaupun kadang2 merepek.haha..nasihat dia yang paling berkesan dihati waktu aku hilang RM1000 dulu..xD kuat main mamat nie. kalau kuat belajar kan bagus..ishk2.. Arab ni atlit UiTm..wah, main futsal lagi tuh. sonok ada kawan cam dowang nie..
Arab ni berasal dari Melaka. dekat jer dengan Sufi. untunglah..dapat tumpang nanti.hehe.. dia dah janji nak belanja aku makan sambil bercuti kalau aku dapat Anugerah Naib Canselor nnt. wah, makin semangat aku.. i lap u la Arab..haha
Anak berapa?
4 cukup la Arab.awak tu walaupun atlit, tapi busy..nnt jarang jumpa anak.hhehe.
Pekerjaan?
USTAZ..yeah, suara dia sedap. menyanyi sedap, baca Quran Insyaallah sedap..
Kawen bila?
jadi Ustaz ada Master dulu tau baru kawen..xD
~nnt aku belanja ko kalau ko dapat dekan sem ni okay...xD


okay la. itu aje la kot. aku hanya ley wat entri untuk sape2 yang aku ada gmbar dia.hehe.. next maybe untuk yang gegerl lak.
so, i'll see you soon...
tata tutu titi tete toto..
assalamualaikum..


~12.03 tghari
~nk mandi tade air... :(

Wednesday, January 12, 2011

Mereka (1)

Assalamualaikum...

yeah~ aku da kembali ke alam blog untuk merepek.hahaha... dah dapat banyak pesanan agar berhenti merepek, tapi aku tak dapat berbuat sebegitu kerana aku sudah sebati dengan kerjaya aku.haha.
cakap pasal kerjaya, entri kali ni ada dua motif utama. satu aku nak perkenalkanlah my beloved friends dekat Jengka Khazanah alam ni. dan satu lagi aku nak cuba meramalkan apa yang akan jadi dengan dowang 10 tahun lagi. memang kepakaran aku la kan nak buat assumption macam tu kan? hehe..xD
so,apa lagi. jom kita skrol.....! haha

ISANUL ILHAM
suka wat gaya..haha


unikkan nama dia? yes, nama dia memang unik. aku waktu mula2 dapat tahu nama dia, ingat dia main2. haha...nama geli2 dia ialah Am. Dia amat pantang kalau ada orang panggil dia Isanul. Kenapa? tanyalah dia sendiri. aku pun tak tahu. aku hanya menurut perintah.. xD
mamat ni berasal dari Kajang. tak abeh2 promote Kajang dia. Tesco pun dia promote. haha...dalam kelas LAW hari tu, pensyarah aku promote lak Penjara Kajang. makin kembang badan dia yang kempis tu.hahaha..
Bila Kahwin?
aku rasa waktu umur 29 kot, sbb tak pernah nampak mcm ada unsur2 percintaan kat sini.haha..
Pekerjaan?
aku rasa dia akan jadi PEGUAM. yeah~sbb dia amat terer berpotpet dan mencari 'informasi' yakni bukti2..haha.. tak pun jadi penyampai radio.
anak?
sorang je kot. itupun bertungkus lumus wat overtime malam2..hahahahahaha! Tak nampak ciri2 ayah penyayang.haha
~paling koman pun dia akan jadi empunya suara dekat bank tu. nombor berikutnya, kosong, kosong , tujuh.....hahahaha...xD


NAZAR AMIR ZULRAHIMI
imaginasi yang pelik2..


nama dia ni amat panjang. pernah pensyarah aku tersalah anggap ayah dia one of the student juga sebab kalau gabung nama dia ngn ayah dia, memang kena amek dua baris dekat attendance list tu.haha.. nama kiut miut dia Naja @ Ja... baru2 ni macam dah nak jadi Amy.. awwww~
mamat ni sedara jauh yang takde kaitan dengan Siti Nurhaliza. katanya, rumah dowang dekat jer. jadi, sah2 dia orang Kuala Lipis.
Bila Kawen?
habis je Degree... sebab dia ni macam gatal2 sikit.hahaha
Pekerjaan?
pada pendapat aku, dia ni sesuai jadi GURU TADIKA. kenapa? sebab dia mahir gila buat corak dekat nota. kanak2 mmg suka warna-warni ni...xD
Anak?
tenaga batin dia tak dapat dianalisis. mungkin lebih sepuluh.
~kesian bini dia... haha


MUHD SUFIYUDDIN
Abang kateng..haha


wah, dengar nama pun dah macam alim2 gitu kan? jangan terpedaya tahu tak. hahaha... mamat ni payah betul nak gerak dia tidur. bayangkan, jam loceng dia tu dah berapa kali bunyi, dia tak bergerak sikit pun. orang sekeliling dia yang terbangun. siapa lagi, aku la tuh..haha
nama glamor dia Sufi. dia ni berasal dari Melaka. yeah~ bandar bersejarah tu. tapi tak tau lah sejarah dia dapat berapa.hehe... dengar2 cerita, dia ni anak tauke kedai makan seafood. nyum2... makan!!!! yang best tentang dia ni, kadang2 dia ni brani kalau suruh ckap apa2 dekat depan orang ramai. walaupun kadang2 gak annoying. haahha
Bila Kawen?
Entah2 tahun depan..sngat utuh dengan awek dia sekarang nie.haha
Pekerjaan?
aku rasa kalau dia jadi AHLI GUSTI mesti best. badan dia? tak yah cakap lah. cuba bayang sendiri. haha..
anak?
kalau ahli gusti, agak2 'kuat' tak? hahahaha... kalau aku dengar anak dia 20 pun aku tak terkejut..xD
~kalau betul 20, jangan datang raya rumah aku tau..haha


MOHD HANIF
Raja Gedik...! ahha


mamat ni? kalau boleh, seminggu pun tak abeh cerita pasal dia nie. jadi, buat pendek2 jer la.. nama konon manja dia Anep. mamat ni waktu 1st kenal, aku rasakan dia ni sangat lah menyampah. kalaulah aku boleh bagi tapak tangan, dah lama aku buat. tapi sebab aku kan BAIK, so,aku hanya tersenyum.haha.. sebab apa? sebab aku ingat mamat ni gengster dulu. suka kacau owang. tapi rupa2nya...dalam hati ada taman. bersepah2 bunga..haha.. takpe nep, aku simpan rahsia kau..xD
mamat ni asal Kuantan. Permatang Badak kalau tak silap. dia suka buat aku jadi kuli dia. haha.. smpai mcm2 personal detail dia aku dah tanam dalam kepala otak nie. ishk2...
Bila Kawen?
40 kot? mcm gigolo jer..haha.. gatai sungguh...
Pekerjaan?
Gigolo? walaupun itu mungkin ya, tapi aku rasa dia akan jadi RECEPTIONIST yang berjaya, sebab dia suka buat sengih gatal dan mengada lagi menyampah dia tu.hahahahaha.
Anak?
waktu 40 tahun tu, mcm tak mampu jer. kan anep kan? haha.. tapi 4 orang kut. adalah ciri2 ayah mee tali sikit...xD
~Thanks kat akak ko sebab bagi info...hahahhaa..xD


MOHD HAFIZ
Unity okey...haha


nama feymes dia Apis. dia ni dulu aku tak berapa kenal sangat and aku kalau boleh memang nak elak dari jumpa dia..haha..jahatkan? bukan apa, senyumlah sikit. aku ni kalau orang tak senyum kat aku, aku agak dia tu gengster ke, sombong ke... tapi rupa2nya tidak. boleh tahan gak mamat ni. siap rasa nk hempuk.hahaha..apa yang best? dia ni kalau dah determine, memang dia akn wt sungguh2. lagi2 bila dia belajar. walaupun kadang2..kan apis kan? ahhaa.. tapi kalau konsisten, dekan owh....!!
mamat ni asal Sunway. dekat je dengan singa piramid tu. bila2 je ley pergi liltasauk dekat situ. haa, baru teringat, dia ni tak makan ikan. kenapa? entah...elergik kot.nnt tumbuh kepala baru.haha.. and dia kalau makan, selalu berpeluh. memang atlit habis...~
Bila Kawen?
26.. dia habis Degree dulu lepas tu kerja sekejap, baru kawen. sbb aku tak nampak mcm bercinta pun kat sini..xD
Pekerjaan?
PUBLIC RELATION OFFICER (PRO), bukan GRO eh.haha.. sbb apa? byk kabel owh..sesuai la tu..hehe
Anak?
normal punya ..4 ke 5.. kalau TERkuat, adlah 7..
~teringin nak lawan boling ngn dy.... msti aku menang.haha


AMER FADLY
Akan ku panah jiwamu..haha




nama gagah dia Amir je. mamat ni ialah orang pertama yang sudi bercakap dengan aku waktu aku MMS dulu. kiranya dia ialah kawan pertama aku la dekat sini selain roommate aku. rajin betul dia tanya soalan, and rajin betul aku menjawab.haha.
mamat ni memang terer memanah. nama gelaran dia yang lain ialah CUPID.haha. dia ni asal Sunway juga. Am gelar dia kembar dengan Apis tu. mamat ni aku tak paham kalau bab nak g membusur, punctual gila. tup tap dah hilang. semangat habis.. kalau belajar? bukan tak semangat, tapi kurang dari membusur dia tu. adeh2...
Bila Kawen?
22.. waktu habis diploma. sebab dia kan CUPID..haha
Pekerjaan?
MODEL MINYAK RAMBUT. sebab dia selalu pakai minyak rambut@gel..haha..
Anak?
5 hingga 7 orang. kecik2 cili padi okey... tenaga dia, jangan dipertikaikan..hahahaha
~suka menggedik dengan aku... salah target lah Amir..haha


WAN MOHD NOR HADI
CB, Sohai, ape lagi nth..haha


satu geng dengan Nazar. panjang betul nama tu. kalau anak dia pun ada nama panjang macam ni, aku rasa IC anak dia saiz kertas mahjung..hahaha
nama lain dia Hadi. nama glamor di alam siber Loader.. wahh. sebab apa? sbb mamat ni gila Dota. sanggup tu meredah lautan api nan berduri sebab nk main dota. merantau dari johor ke arau pula tu. ishk2..
mamat ni asal Kuantan. Kampung Selamat. dia ni antara kawan aku yang terawal gak la. dia ngn aku sama2 tersesat masuk kelas dak bisnes untuk Bel. sebab kene reject , kelas penuh.haha ..takpe kan hadi, dapat kawan baru..haha..
mamat ni putih nye mmg macam cina. adek bradik dia pun mcm cina gak. slalu tak nak ngaku melayu. haha.. tak sedar diri.ces..ahhahaaa..
Bila Kawen?
payah tol nk ramal... 30 kot.. dia ni penyayang tau..haha
Pekerjaan?
CIKGU MATEMATIK. mamat ni minat Math. laju je main kira2. selamat pagi cikgu..haha
Anak?
disebabkan dia ni sebenarnya penyayang dan mitali, 10 kot..hehe..
~dia juga Cikgu subjek Dota aku..haha


SAIFUL AZHAR
Biskut..biskut..nyum2..


yabeda bedu.. nama comel dia Epul ataupun Chipsmore.. kenapa nama biskut tu? aku lagi la tak nampak kaitannya.hahaha.
mamat ni pun antara mereka yang tercampak ke kelas bisnes sama ngn aku dulu. oh tidak.. dulu kami rajin g cc jengka tu. haha... dia ni pemain ragbi. haaa, jangan main2.. siapa cari pasal ngn aku, aku panggil je dia. apa yang best dengan dia ni, semangat setiakawan tu bagus. mmg kawan yang boleh dibuat kawan la. i lap u la epul..haha
dia ni asal Ampang. rajin lah tu singgah Ampang Point ngn KLCC. sekrang dia dah tak duduk dekat kolej. duduk umah sewa. ye la kan... ada kawan baru..hehehe..
Bila Kawen?
27... normal nye timing. sebab tak nampak sangat unsur percintaan. walaupun mcm ada..hehe..
Pekerjaan?
PERDANA MENTERI. kenapa? sebab dia caring. hei, PM yang macam ni la kita nak kan?xD
Anak?
30...!!! rekod tertinggi..haha
~Walaupun begini, dia ni mudah tersentuh gak..heheehe.. :)


owh, itu aje la kut untuk entri kali ni. sebab tak nak bagi panjang sangat, aku buat untuuk mereka2 yang bersama2 dengan aku waktu aku Part 1 dulu.. lelaki dulu yer...yang selebih2nyer, entri lain yer..
p/s : dalam proses kumpul gambar owang len..xD

i'll see you soon..
tata tutu tete titi toto
assalamualaikum..


~12.52 pagi
~ Excited gila..hhahaa

Monday, January 10, 2011

Bila FACEBOOK sudah tiada...

assalamualaikum...

What the tuttt... oh my tutttt... is it true tutttt...?
apa yang tutttt ni? adeh2... 
aku rasa kowang semua mesti faham kan apa yang aku nak cakapkan ni.
of course lah kowang faham, tajuk pun dah terang2 kat situ.hahaha..
~tak dapat menerima kenyataan...

angin sepoi2 bahasa ada mengatakan yang FACEBOOK akan ditutup nanti. 
betul ke? bila? Kenapa? oh tidak....!
chill... aku bukannyer pengasas muka buku ni. so, aku memanglah tak tahu apa cerita sebenarnya. kalau ikutkan angin sepoi dalam link yang dah bersepah2 dekat ternet ni, dowang cakap si zegebeg tu dah tak larat nak manage semua tu. siap minta kita ambil balik gambar2 or maklumat yang agak2 penting. main lari gitu je? 
~kenapa nama dia susah sangat nak sebut. letak lah Si Gegerl ke, Ali ke, Timah ke... kan senang!

menurut info yang didapati daripada gossip seeker seluruh dunia, lagi2 dekat Jengka yang permai lagi terceruk ni, FACEBOOK akan ditutup 15 Mac nanti. so, kita ada lebih kurang dua bulan je lagi untuk beromen mesra, beramah mesra, bersapa mesra di muka buku ni. adeh2..
jadi, aku nak buat satu ramalan, apa yang akan jadi selepas 15 MAC bila FACEBOOK ni dah tutup...

1. Tunjuk Perasaan....!
Yeah~ suka lak bila ada tunjuk perasaan macam ni. haha... tapi jangan salah sangka yer, aku bukannya orang yang menggalakkan benda2 macam ni terjadi. seperti yang sedia maklum, ini hanya RAMALAN.. xD
huh, cuba bayangkan satu dunia buat mogok. sebabnya?
FACEBOOK dah ditutup...
jadi, apa msalahnya? memang ada masalah. masalahnya FACEBOOK dah tutup. oh, betul ke dah tutup? ces, bukan ke kita memang bincang pasal ni? haha..
bila ada tunjuk perasaan macam tu, mesti ada banyak slogan ngn papan tanda yang dowang buat kan? agak2 apa eh dowang tulis?
FACEBOOK ialah nyawa kami !!!! ( tettt, okay je hidup tak mati lagi... )
FACEBOOK tempat kami berconnecting !!!! ( tettt, tarzan kat utan tu okay je boleh konek2 ngn binatang tade FACEBOOK )
kami dah addict dengan FACEBOOK !!!!! ( baguslah, boleh buka pusat serenti baru..haha )
~Siapa yang nak pergi mogok tu jangan mandi awal2 sebab nanti konpem kena siram air ngn bomba. dapat jimat bil air..xD

2. Pengasas MySpace, Friendster, Tagged tersenyum....
kenapa lak dowang nak senyum? oh, semestinya dowang akan tersenyum sebab pesaing terhebat dowang bakal takde. aku rasa mesti sekarang ni dowang da perah otak mcam perah kain basah, fikir macam mana nak cantikkan lagi dowang nye laman sesawang soSIAL tu.. haha.
kowang nak pindah ke mana pula lepas ni? kalau dulu Myspace kan? best lagi ke benda tu skrang? nth2 kowang pun da tak ingat kan id ngn password nak masuk.haha...
Twitter ngn Skype pun ok gak. tapi, ramai ke yang reti pakai? ummm..
~teringat zaman muda2 dulu. sanggup pergi cc semata2 nk buka Myspace... 

3. Ekonomi Malaysia mundur...
aik, apa kaitan antara FACEBOOK ngn ekonomi Malaysia ni?
chop! memang ada kaitan. kalau kowang perasan, kebanyakan syarikat promote barang2 dekat FB kan? tapi, kalau FB da tutup? macam mana pula? kita pakai merpati aje la..haha..
sekrang, tak ramai yang rajin tengok TV, byk yang online jer... jadi, iklan kat TV pun tak membantu sangat aku rasa... zegebeg ni saje je kan? eh, geram lak aku..haa, da emo da nie...xD
~kau dah kutip duit bersepah2, senang2 je kan nak tutup...ishk2..

4. Internet ngn Broadband macam dah takde guna...
aku rasa peratus sebab kenapa orang pakai internet adalah sebab nak FACEBOOK. tol tak? kalau FB dah takde, memang ternet pun macam dah takde guna. apa? kowang ada ke penah dengar owang beli ternet sebab nak hantar email? oh, so lame.. haha..
baik pos surat jer.. nampak sikit tradisional kemelayuan nyer. 
~nak buat apa dengan BerukBand ni...? Fb dah tade... :(

5. AKU tak tentu arah....
ni sebab yang paling mahal dan paling bersebab. oh... mcm mana aku nak kontak2 ngn kawan2 aku? mcm mana aku nak tayang gambar pelik2? mcm mana nak bergosip ( aku tak ske gosip yer..xD )? macam mana nak PROMOTE BLOG ( yang paling penting...)?
aduh, lepas ni kalau nak kontak2, kene lah habikan kredit HP. nak chat, kena lah guna YM balek. nak tayang gambar, kenalah pos dekat surat khabar... 
nak gosip? sambil berak or mandi pun ley gosip ngn owang sebelah..haha..
nk promote blog? buat ala2 pilihan raya boleh? haha... xD
~mcm nak suruh aku focus study jer...

itu aje lah kut. so, lepas ni pandai2lah kowang hidup ye tanpa FB nie.. alaa, chill lah. FB je.. FB je... FB jee... Waaaaa.. FB da tade...sob2.
ASWAD, relax.. kita kan ada Pos Malaysia. sokonglah produk tempatan. yeah~ itulah mesejnya. hehe..

i'll see you soon.
tata tutu titi tete toto.
assalamualaikum

~2.34 petang
~ tgh tahan kencing sbb nk wat entri baru...haha..xD

Saturday, January 8, 2011

KALAU aku pengarah kampus...

assalamualaikum...

ASWAD gila kuasa...!!! 
oh tidak...! jangan sesekali walau terlintas di kepala otak kamu yang ASWAD gila kuasa.haha
ini bukannya slot untuk memberitahu semua orang yang aku ini gila kuasa, tetapi untuk memberitahu semua orang apa yang akan jadi KALAU aku ialah seorang Pengarah Kampus UiTM Jengka, Pahang...
~Datok, saya rasa datok dah ada pesaing.. hehe  ( gelak jahat )

mesti kowang semua pernah at least beranganlah yang kowang semua ni someone dalam komuniti dekat Malaysia ni. betul kan? yeah... aku dah agak yang aku ni psikik. haha..
shhhh~aswad dah start  merepek. tumbuk dia. dush!! 
Awww... okay, back to the topic...xD

hari tu aku sembang dengan kawan2 aku, which is one of my good fren here. entah macam mana, daripada tajuk shopping dekat pasar rabu, kitowang ttbe gaduh pasal susur gajah. huh, semuanya gara2 makanan yang bersepah2 kitowang beli.haha..
xpaham? bagus! itu menunjukkan anda manusia yang normal kerana kalau kowang faham, sah  kowang lah yang ada kuasa psikik ni.haha...
~selalu berangan ada kuasa boleh baca fikiran orang. 

1. Letak gambar aku besar2 dekat pintu masuk utama...
yeah, itu ialah antara perkara pertama yang aku nak buat...! pergh, mesti smart lah kalau gambar aku tengah sengih macam iklan gigi tu terpampang dekat pintu masuk. confirm  ramai orang yang teringin nak daftar masuk uitm. hahahhahaa...
huh, mesti ramai yang bangkang kan? mesti kowang fikir aku perasan kiut, hensem, macho semua kan?
Yeah~ aku dapat baca fikiran kowang lagi. hebatlah aku ni..haha
come on, aku kan sekarang 'pengarah kampus'... so,  apa salahnya aku buat macam tu kan? hehe

2. Tanam pokok sebanyak2 nyer...
saya ialah seorang pencinta alam sekitar. pernah dulu nak ambil kejuruteraan alam sekitar. konon2 nye nak buat satu kwasan yang hijau je pemandangannya. tapi, tettt...!!! rupa2nya aku salah tafsir program tu and  aku sebenarnya tak berapa nak layak sangat ambil program tu.
~Bio, chemist, fizik, addmate slalu fail. kalau lulus pun tak lebih 45 markah.. sob2..
nanti, aku nak biarkan hampir 90% kawasan uitm ni  penuh dengna pokok. wah, mesti cantikkan? kita gantikan semua bangunan dengan pokok. kelas semua atas pokok. perpustakaan dengan hostel semua atas pokok.
tahniah ASWAD, kamu memang seorang yang berfikir secara kreatif dan kritis. trimas2..
~Lepas ni dah takde Dewan Serba Guna, kita ganti Pokok Serba Guna.. haha.. barulah ada gaya tarzan sikit.. oooooooo!!!!

3. letak Zoo kat dalam uitm.
betul2... saya juga seorang pencinta haiwan. tapi aku nak letak haiwan yang aku rasa best je dekat dalam tu. kita buat zoo untuk haiwan2 yang takde dalam zoo dekat seluruh malaysia ni. nak? 
baguslah tu. lepas ni kalau kowang cakap kowang study dekat uitm jengka, mesti dowang semua akan cakap macam ni :
ooo, universiti zoo tu ke?
hei, jangan mengamuk! patut kita banggalah. kita the only university yang ada zoo ngn menjaga alam sekitar. kalau tak dapat pengiktirafan, tak tahulah..
~kita simpan riang2 nak? mmg maskot jengka tu. selain cik B...


4. Buat kuota lelaki 75%... 
tettt...!!! one more time, aku akan dibangkang. lagi2 oleh kaum hawa yang comel kiut miut lagi menawan itu. sabar2...ada sebab kenapa aku buat macam ni. untuk kebaikan kowang juga. 
what? kowang cakap takde kebaikan? kowang cakap nanti kowang tak dapat nk belajar dekat U?
relax... kan aku da cakap yang aku ni seorang yang berfikir secara kreatif dan kritis.hahha 
~suka puji diri sendiri... sbb takde orang nk puji aku.. sedihkan.. :(
kalau aku buat macam ni, kaum hawa juga yang untung. ni antara sebab dia:
1- nanti ramai lelaki yang pandai. walaupun sebenarnya takdelah pndai mana, tapi sbb graduan uni, mstilah pandaikan? hehe.. kalau gegerl yang ramai, kowang nak ke bakal suami kowang just lepsan SPM jer? takmo kan? paling koman kenalah 'Pengarah Kampus' cam aku kan? haha...xD
2- dapat kurang isu curang. haa, sebelum ni nisbah lelaki : gegerl ialah 1 : 4 kan? kalau aku buat macam tu , dia akan jadi 3 : 1 ( gegerl juga yang akan jadi rebutan nnt. tak best ke? hehe  )
~ tapi nnt aku dah tak jadi rebutan, sebaliknya kena rebut rebutan owang lain.. waa...

5. takde Teknologi dalam universiti.
hahaha... cuba bayangkan kita belajar macam dalam zaman batu. huh, seram aku. 
chop!! ini bukkannya bermaksud takde langsung. komputer, henpon tu semua ada la.. apa yang takde, just  kenderaan ngn air cond jer... sebab itu antara penyumbang kepada pncemaran alam. 
kalau takde, macam mana nak survive???
apa susah, mcm yang aku da sebut dekat atas, aku kan nak buat u ni 90% pokok. itu air cond semula jadi. knpem sejuk da. tak payah kipas pun aku rasa. tambah2 lak kalau hujan.. tak payah nak pergi kutub utara, kat jengka pun dah sejuk gila tuttt...
kenderaan? come on, kita kan ada zoo? pakai kuda, lembu lah nak pegi kelas. nak buat memo, kita pakai merpati. haha..nak pergi kelas, kita gayut lah macam tarzan selalu wat tu..hahahhaha..
~dah tak sabar dah ni nk jadi pengrah kampus wannabe..haha

itu aje lah kot antara apa yang aku akan buat kalau aku jadi 'pengarah kampus'.. nanti, kowang sokonglah aku yer.. manalah tahu ada rezeki nak jadi . tp kne abes  study dulu. baru part4 ASWAD.. haha..
p/s : Dato' jgn marah yer.. saya berangan je ni..hehe

'i'll see you soon .
tata tutu titi toto tete..
assalamualaikum.

~2.32 petang
~ baru nak lunch.. lapar..