Saturday, April 30, 2011

SayoNara~BM1124E

Assalamualaikum...
comel tak saya sedih..waaa~


waaa, sedihnya.. saya rasa macam nangis aje...
kenapa?
sebab semester dah habis and saya kena tunggu semester baru.

(tak pasti sama ada itu yang seronok ke tak)



pada 28 April ritu, majoriti part 4 beramai2 menyertai rombongan untuk menuntut kemerdekaan daripada UiTM. tetapi raja UiTM tak benarkan kami mendapatkan kemerdekaan selagi kami tak tandangan dua agreement.
***aish, penat betul***

apa lagi, kami pun terpaksa lah menandatangani perjanjian itu. perjanjian yang diberi nama FIN263 dan MGT269. meyeramkan...
tepat jam 4.15, kami pun diisytiharkan merdeka.. daulat Banking.hahaha..
~Aswad, tak payah nak merepek dah.. cukup...!!!!
yabeda bedu~


apa lagi, kami tak pergi dataran merdeka, kami tak pergi padang pahlawan, kami ke satu tempat yang tidak asing di tanah terperuk Jengka ini. satu kawasan yang memang akan confirm dan tanpa syak wasangkanya akan dikerumuni oleh mereka2 yang merdeka..kami terus ke Kakak Farhana Comel a.k.a KFC untuk meraikannya.


sodap kan?
awal2 lagi saya dah mendapat tugas daripada menteri kerja raya, untuk menjaga tempat duduk untuk mereka. apa lagi, 20 seat saya kaut. 
Daulat Tuanku yang memberi arahan..haha
***sorry ye pelanggan2 yang lain..xD***

dan kami pun bersama2 la makan, melantak, mengaum, menggambar, menggedik, menggelak, memposing dan segalanya. wah, best....!!!!
wakil jejaka. yang ada lesung pipit itu ESMIN, yang mcm muka gatal2 tu AMIR, yang sengih tak hengat tu ASWAD a.k.a saya..xD

JHJ( Jejaka Hot Jengka) Am



cukup2 pasal jejaka. jom kita tengok yang gadis jelitawan part 4.. yeah~
Miss Jengka WORLD  UNiverse.. ZAckt...wahhhh!!!!!

Miss mata besar FARAH, miss mata kecik FATIN dan miss mata garang AIDA.hehe~

Seronok dia dapat melantak. kan Fizah kan?? hehe

Adik Go Mi NAm a.k.a EKIN, miss tinggi lampai WIDA, dan miss makan-makan SHIRA.haha

tumpuan kita bukan pada farah, bukan juga pada makanan itu, tetapi kepada yang dibelakang itu.. Seksi.hahaha

miss kechik comel CHILA, dan miss suka senyum YUNI~

Okay, sekarang dah habis sesi perkenalan, jom kita tengok apa pula yang terjadi bila dowang excited sangat bila jumpa makanan..
ishk2...


EKIN:  wida, gambar2..senyum cepat...
WIDA:  Sambil menyelam minum air, sambil makan sambil bergambar..weeee~

am memang pantang nampak kamera, nasib baik aku sempat elak. tapi zack, kantoi suka kunyah.hehe..


apabila dapat tawaran untuk promote french fries dan paha ayam..

kau tahu mak cik sebelah tu..*gosip2* haha..xD
kunyah..jgn tak kunyah..

sian, tercekik dia.. haha

sekarang masa untuk posing2..yeah~










haaa, ada satu kezutan untuk semua. 
ANUGERAH RAJA@RATU MAKAN, 
jatuh kepada......

AIDA.... Sedapnya ayam..hehe

okaylah. itu sahaja. saya harap kita akan jadi kawan sampai bila2... miss you guys..~

BM1124E ( sebahagiannya..xD)

mesti orang awam takut nk pergi kfc sebab ingat diorang semua akan jadi macam ni lepas makan KFC.hahaha

see you guys soon.
tata tutu titi tete toto..
assalamualaikum..xD


p/s: nanti rindu2lah aku yer..hehe

Friday, April 15, 2011

Pergaulan yang SiHaT...?

Assalamualaikum..

    Aloooo~ baru hari tu saya pos entri, dan sekarang saya tak mahu tunggu lama, saya nak pos entri yang baru..gagagaa...

okay, my topic for today is PERGAULAN yang SIHAT?
   apa maksudnya tu?
selalu dengar seks selamat je..haha.. guwau eh.
(tak sangka pergaulan pun ada tahap kesihatan)

   sebenarnya, saya ada terjumpa topik ni dalam majalah. So, saya rasa saya nak share dengan kamu semua. kita mesti ada kawan kan? kawanlah orang yang paling rapat dengan kita selepas ibu bapa. ada yang sanggup buat macam2 demi kawan. konon2nyer, kawan sejati.. cewwwah.
(sweet ker??... grrrr )


Comel kan? miowwwww~
   jadi, disebabkan kita ada kawan, kita kenalah jaga kawan kita tu dengan baik. senang cerita, kita kena jaga apa yang kita ada dengan baik.
bak kata orang, berkawan biar seribu, berkasih biar satu..
(tapi ramai jer yang berkasih lebih dari satu.. macam...*ehem2*)

So, ini ialah antara tips2 yang boleh digunapakai...

1. Sentiasa Berfikiran Positif...
   Wah, menakutkan... kenapa saya cakap macam nie? sebab saya tak rasa ramai yang boleh buat macam ni. kalau ada, please jadi kawan saya... sebab saya memang sangat memerlukan kawan macam kamu nie..xD
   Saya sendiri tak paham. kenapa kawan2 sekarang ni sangat susah nak fikir positif. cuba tengok situasi ni:

(A) Kalau ada kawan kowang datang lambat ke satu2 appointment...
    kamu akan fikir : ishk2... confirm mamat ni tengah tergolek mimpi basah atas katil lagi nie..
    kawan yg POSITIF : mesti mamat tu tengah tolong nenek angkat barang. tu yang lambat..*uhuk2*

(B) Kalau kawan kamu terlupa nak siapkan assingment...
   kamu akan fikir : pemalas betul mamat tu. mesti malam tadi main game, pes, dota sampai tak ingat dunia.. tak pun pergi dating sampai tengah malam... teruk betul!
   kawan yang POSITIF : kesian dia. mesti dia tertidur waktu study. penat sangat tuh.. *sob2*

(C) Kalau kawan kamu duduk monyok tak bertegur orang...
   kamu akan fikir : sombong betul mamat tuh. dia ingat dia hot la tuh. oooo, please...
   kawan yang POSITIF : kesian dia. mesti kucing dia mati semalam... *ummmm*

2. Lemparkan Senyuman yang IKHLAS...
   Oh my... benda ni pun agak susah nak jumpa. saya suka kalau ada orang senyum dekat saya, sebab saya akan rasa saya amat hot stuff..hahahahha.. guwau aje eh..
   itu laaa.. sekarang ni kawan2 ramai yang nampak kita dari jauh, sanggup tuh pergi lalu jalan lain. ishk2... apalah salahnya kita lalu tepi dia, and lemparkan senyuman.... tapi kalau pada jantina yang lain, hati2 yer.. saya tak bertanggungjawab kalau ada yang kena LEMPANGAN..haha
comel kan? waaaaaaa~
p/s: saya ada kawan yang sangat pandai mem-fake-kan senyuman. boleh belajar dari dia kalau tak nak senyuum,,haha

3. Sentiasalah Ceria...
   EQ.. benda itu amat penting. kenapa? sebab kalau EQ kamu lemah, itu bermakna kamu tak mampu nak kawal emosi kamu.. jangan nak main booom je kalau kamu tengah marah. tak pasal2 orang lain pun kena tempias kalau kamu bad mood.. saya ingat perempuan saja yang macam tu, rupa2nya lelaki pun lebih kurang. 

~kalau kamu tengah frust menonggeng, kamu gelak jer.. paling koman pun, orang takut nak dekat dengan kamu sebab kamu gila..hahahahha

4. Tunjukkan Perasan Kasih Sayang...
   yang ini saya suka.. kasih sayang a.k.a LOVE.. waaaa.. lumrah manusia, mereka memang suka disayangi. jadi, apa kata kalau kita tunjukkan kasih sayang kita dekat kawan2 kita.
   saya sangat suka tengok persahabatan antara perempuan. 
                                                             kenapa? 
   sebab kalau kamu tengok, mereka sangat sweet bila berkawan. mandi sama2, makan sama2, gosip sama2, pegang tangan bila jalan, kalau jumpa muah sini muah sana.. wow..
   tapi kepada kaum ADAM.. kamu dilarang MANDI bersama, PEGANG TANGAN bersama dan yang paling penting MUAH sini MUAH sana, IN PUBLIC.. naya jer..

5. Sampaikan Berita Baik, Sembunyikan Berita Buruk...
                               "Eh, jah... kau nak tahu tak.. minah bilik sebelah tu kan, ada tahi lalat dekat bontot.. teruk betul... ishk2.. kalau aku, dah terjun bangunan dah..."

   MashaAllah.. akak, yang awak nak pot pet pasal benda tu buat apa. banyak lagi benda lain yang boleh buat kak. yang paling penting, macam mana akak tahu kat bontot dia ada tahi lalat..
kantoi pervert..hahaha

   haaa, ini antara penyebab kenapa pergaulan tak sihat. suka sangat pot pet benda buruk dulu dekat orang. lumrah manusia kot suka sampaikan berita buruk a.k.a gosip nie.. ishk2..

   kalau orang tu dapat naik pangkat tamo pula cerita. kalau orang tu dapat markah tinggi, tamo pula pergi tayang satu kolej. kalau orang tu jumpa harta karun, tak nak pula pergi tolong panggil KOSMO ke apa..

   tapi, kalau orang tu terkentut dalam kelas, sedara mara dekat sabah sarawak pun dia nak bagitahu. kalau orang tu tersilap pakai lipstik, sanggup curi2 ambil gambar then pos dekat facebook.

****************
Haa, setakat itu sahajalah perkongsian yang saya boleh kongsi. saya harap ia akan berguna untuk anda semua..

i'll see you soon later..
tata tutu titi tete toto
assalamualaikum..



Thursday, April 14, 2011

Bila Exam dah dekat

Assalamualaikum.

   entri kali ini saya nak melepaskan segala kegeraman, ke-tension-an, kepanasan, ke-hot-tan yang ada. dengan lafaz bismillah saya akan mulakan..
sebelum tu, saya just nak bagitahu, KELAS DAH HABIS UNTUK SEMESTER nie..yeay...
Boleh baling beg ngn buku dah nie...

   saya faham dengan apa yang anda rasa sekarang. mesti anda semua nak gunakan masa yang ada ini untuk relax and release tension kan? ye la... selepas 14 minggu mengabdikan diri dengan buku( itupun kalau datang kelas), mestilah kita terasa nikmat kan bila kelas dah habis?

   saya tak salahkan anda semua nak gunakan study week ini untuk rehatkan otak dan segala sendi yang wujud di badan.. tapi saya akan jadi MARAH dan GERAM apabila ada something yang akan terjadi kelak..jom explore...

1. Bila nak buka buku, tapi seronok sangat relax...
   kalau jadi benda ni, memang saya nak marahlah. saya tahu anda akan tergoda dengan shopping complex, baju2 yang tergantung dekat kedai, KFC, McD, game... huh, memang semua itu akan membuatkan anda terasa seperti nak sorokkan buku bawah katil aje kan.. ingat, jangan terleka..
jangan sampai buku jadi macam nie yer..


2. Bila malas belajar, tapi cita2 tinggi melangit...
   Ini yang paling common lah dalam kalangan pelajar, lagi2 mereka2 yang tengah study dekat U... 

"bestnya dapat DEKAN.. takpe, aku pun nak DEKAN jugaklah..."

   Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.. tapi yang jadi suam2 nye apabila anda...

tak ingat dunia..


   ishk2... tak payahlah pasang angan2 tinggi ye lepas nie..saya tahu anda penat, tapi agak2 lah sampai study week jadi sleeping week..

3. Bila nak belajar, tapi tak pandai adjust masa...

   saya tujukan kepada mereka2 yang sudah senior lah yer... sebab mereka ni dah lama dekat U, mestilah mereka paling koman pun tahu macam mana nak gunakan study week ni (sebab dah pernah alami benda tu, and dah pernah menyesal tak sudah sebab tak study betul2. 
Kelam kabut sangat..


   janganlah dalam satu hari tu study bagai nak rak. sebab otak kita ni pun perlukan rehat. ini tak, dalam satu hari tu lah nak study 5 subjek serentak. siap nak habiskan silibus lagi. kalau macam tu, baik tak payah buat semester dekat U.. dalam masa seminggu je dah boleh graduate..

Buat jadual, tak rugi pun..

p/s: junior2, jangan tiru macam mereka okay..

4. Bila tak concentrate dalam 14 minggu kelas, tapi nak faham & hebat dalam 1 minggu study week...

   hello, zaman Albert Einstein dah lepas dah. Adi Putra pun dah lepas.. tak payah nak berangan boleh master dalam semua subjek waktu study week. saya berani jamin anda takkan score punya kalau tak concentrate waktu lecture..
nk jadi mcm dia!


   study week gunanya untuk revise balek apa yang kita dah belajar. bukannya untuk kita BELAJAR apa yang KITA TAK BELAJAR.. tapi dah lepas dah pun kan 14 minggu tuh, nasi dah jadi bubur.. 
sedap juga dapat makan bubur...


untunglah~

5. Bila nak score, tapi study last minute & menyusahkan orang lain...

   Ini yang paling nak marah dan geram... cita2 nak perform well dalam exam, tapi study week tak nak guna baik2. pergi sana, joli sini, tidur atas, gosip bawah... esok nak jawab paper, malam tu baru terkedek2 nak buka buku... waktu itulah orang yang dah buat persiapan awal2 akan menjadi mangsa. waktu itulah, mereka2 akan ber-qiamulail menghadap buku. waktu itulah, pelbagai pujuk rayu akan kedengaran untuk meminta supaya diajar..

    Kalau dapat yang jenis tak kisah diganggu pada waktu yang sepatutnya dia tidur, pada waktu yang sepatutnya dia dah tak mahu tengok buku sebab dia dah ready, dan pada waktu yang sepatutnya dia nak berehat, untunglah... kalau tak dapat, untunglah jugak~
Penat tahu tak..


6. Bila nak exam, tapi sibuk sorokkan 'TOYOL'...

   Sebenarnya saya tak berapa kisah sangat dengan isu TOYOL nie. saya tahu, pelajar universiti semuanyya hebat2.. mereka boleh berfikir secara kreatif dan kritis untuk membawa TOYOL mereka. ada yang 'memelihara' di dalam tandas, so, bila jawab exam, boleh pergi tandas dengan alasan nak kencing, tapi 'melawat' TOYOL sebenarnya.. ada yang menghubungi TOYOL dengan sms.. macam2..
creepy..


   satu persoalan, puas hati ke dapat result lawa tapi sebab ada TOYOL? fikir2kan lah yer...

huk huk.. macam dah panjang sangat dah khutbah tak rasmi ni. saya rasa cukuplah setakat ini sahaja kot. saya harap ada guna entri kali ini..

I WISH YOU ALL THE BEST.. STUDY SMART, OKAY?? 
Jom ramai2.....~


i'll see you next time..
tata tutu titi tete toto..
Assalamualaikum..