Sunday, June 24, 2012

Memorable Weekend :) (2)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Hai cik abang tough2 dan cik adik lemah lembut sekalian.

Kita jumpa lagi kan? Haaa, kan AKU dah janji yang aku nak sambung tulis. Kalau mood menulis tu dah datang, korang minta aku tulis ber-pages-pages pun boley.. weeeee~~


NAMA PROGRAM   : SESI MELANTAK DI TEMPAT YANG TAK SEPATUTNYA


PENGARAH PROGRAM  : FAIRUS (master mind)

SETIAUSAHA  : ASWAD (Dah aku buat blog, aku le S/U kan?? )

BENDAHARI  : AKID (sape suruh hebat MATH..)

EXCO KESELAMATAN : FAIZOL (Bonzer, ada berani??)

EXCO PERSIAPAN TEMPAT : HAZIQ  (Tukang cover line)




Okay, kowang tak paham kan apa mende dekat atas tuh? takpe.. sabar..
untuk entri yang lepas, aku baru cerita pasal what happened on Friday. Sekarang aku nak cerita pasal apa pula yang kitowang buat waktu Hari Sabtu malan tu pula.

Kepada Jengkarian sekalian, mesti dah sedia maklum yang setiap hari Sabtu mesti bergerombolan manusia2 daripada kampus khazanah alam tu turun ke bandar JENGKA untuk shooooooping makanan dan minuman.
Sebenarnya, makanan ngn minuman dia agak mahal, tapi student2 ni tak kesah pun sebab diorang sukakan suasana pasar malam tu sendiri. (AKU pun sama. heee)

Orait, untuk kowang2 nak tahu, malam tu sebenarnya ada program yang akan berlangsung di Bandar Jengka. Jadi, kami2 ni pun bergeraklah ke PASAR MALAM Jengka untuk buat preparation.


Setelah shooooooping dengan bangganya, Nasi Lemak, Sate, Nasi Ayam, Air Milo (Itu AKU punya je..)
kami pun bergerak ke destinasi. Di mana??



3 geng Baju Merah




PP bagi arahan untuk makan




pakcik rambut putih yang menjadi saksi




ada jual tak dekat kfc??



Makcik belakang tu pun tumpang glamour..


Haa, inilah dia projek kitowang yang dirancang oleh PP yang bertauliah. Makan2 di tempat yang tidak sepatutnya.
abang2 and kakak2 KFC yang dok lalu lalang tu macam pelik je. Celah mana pula kan dowang ada jual Nasi lemak, nasi ayam bungkus, sata, murtabak mini.. 

Nak kasi cover baik, kitowang pun dengan bermurah hati beli air dengan wedges. harap2 dak kena blacklist kann. HAHAH.

Hah, selepas event ni pula, ada event lagi satu yang tiba2 aje muncul. Berikut kertas kerja nye..




NAMA PROGRAM : MELALAK DALAM KEKENYANGAN

PENGARAH PROGRAM : AKID

SETIAUSAHA : ASWAD

EXCO MULTIMEDIA : FAIRUS

EXCO PERSIAPAN TEMPAT : FAIRUS

EXCO LAIN-LAIN : HAZIQ


MErcu View menjadi saksi tempat kitowang melalak bak pontianak menyumbangkan lagu. Masing2 1st tiime datang situ. So, memang excited la kan.
Semuanya sebab Akid yang tiba2 cakap tak pernah lagi karock dekat Jengka. Apa lagi, terus ke Mercu. Nasib baik orang tak ramai mana. 
Tapi yang tak berapa nak bestnya bila dowang pakai sistem ala2 manual. Kita kena pilih lagu siap2. Lepas tu banyak lagu tak update. Hah, tak best sangatlah.


AKID,   FAI,  FAIZOL... AKU tukang amek gamba, HAZIQ macam biasa, artis ngetopp. kena elak amek gamba.

Biliknya sejuk  ya amat. Mikrofon nye satu, jadi tak dapat le nak berduet. Apa2 pun, kami memang berjaya menyumbangkan banyak lagu waktu tuh. Berikut merupakan anugerah2 yang telah dimenangi oleh mereka2.



ANUGERAH TARIK SUARA TERBAIK

MADAH BERHELAH tuu..


Actually ada banyak gambar lagi, tapi aku terlupa nak ambil dekat FAI. so, cukup2 la ye. 
Cadang nak pergi satu lagi tempat. tapi terpaksa cancel atas sebab2 tertentu. tapi aku pastikan aku kene pergi tempat tuh sebelum aku chow ke dgree.. ingat tu ye kawan2..  :)



p/s: Banyak lagi tempat aku tak jelajah dekat PAHANG ni rupanya..  (~.~)











Memorable Weekend :) (1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hai cik abang yang hensem nak mampus dan cik adik yang kiut gilerr. Macam biasalah, AKU nak ucapkan terima kasih daun keladi sebab sudi terjah blog aku yang tiba-tiba macam dah lawa semacam ni.

Dalam kepala korang semua, mesti tertanya-tanya, apalah yang si ASWAD ni nak merepek dalam entri kali ni. Unfortunately (tiba-tiba writing Londonnnn), AKU tak merepek untuk entri kali ni. AKU just nak sharing is caring dengan korang semua.

Seperti yang penerjah-penerjah blog sedia maklum, AKU memang dah tiga minggu berderet-deret tak ada cuti disebabkan event yang tak henti2 ada dekat Jengka tercintak ni. Dan Alhamdulillah, hujung minggu ni, aku berjaya "Merehatkan" diri daripada apa2 aktiviti berkaitan kerja. Weeee~

Hari Jumaat malam Sabtu lepas, tiba2 idea nakal lagi jahat aku datang mengetuk kotak fikiran.

" Kalau dapat makan steambot ni confirm melelehhh... "

Apa lagi, petang lepas aku melenjunkan badan dengan peluh dek main tenis, aku pun cakap pada incik HAZIQ, ajak geng2 pergi makan steambot.
Sebenarnya memang dah cadang pergi steambot, tapi diawalkan pula timingnya. Tak kesahlah kan. Janji perot ni bulat dapat isi makanan.. Heeee~~

Jejaka-Jejaka Gila Aiskrim

Sebelum kitorang pergi makan dekat kedai steambot tuh, kitorang singgah sat kat STARMALL. Saja nak menular. Macam awal sangat pula g makan kan. Tambah2 ada si HAZIQ, Hantu Aiskrim ni yang mengidam ChocoTop. Mengalahkan pompuan mengandung je mamat tuh. Dah abeh cuci mata dekat dalam Starmall tuh, apa lagi... Pecut pegi makan..!!!

Nyummyyyy~~

Sampai2 aje, lepas order air, terus kitowang serbu tempat dowang letak bahan2 untuk di steamboat kann. Hah, dekat 10 piring kitowang angkut. Tak lama lepas tu datang pula 6 piring ada daging, ayam, udang dengan sotong. HEAVEN..!!!

Untuk pengetahuan kowang2 yang dah terliur, harga dia sangatlah murah kalau nak compare dengan tempat lain. Satu kepala hanya RM13 je. air lain harga la.. Lepas tu kalau korang nak tambah ayam, daging or sotong or udang, hanya RM2 sepiring (Banyak tau tak!! )
Tempat dia? Dekat Kampung Chatin, OTW nak ke Mentakab. Jemputlah ye..


Kitowang tak sedar berapa lama kitorang dekat dalam tuh. dok melantak sampai tak ingat masa. Kitorang buat kedai tu macam kitorang yang punya. HAHAHA..

Ini AKID, si gwang soo versi Jambu..  :P



ini pula FAI, abang SportRec yang pitching setaraf Ziana Zain



Ini AKU. tak perlu nak elaborate la kan... XD



Ini FAIZOL, abg ladang yang hot setafff..



ini pula HAZIQ , konon2 artis sebab susah gle nak amek gamba dengan dia..  huh!


Enough for that night, kitowang dah kenyang, terus balik ke UiTM Tercintak. Jam dah pukul 11 waktu tu. Memang cari nahas kalau dok layan nafsu nak makan lagi. Naya kena kejar dengan Pengawal Keselamatan kita yang disayangi tuh. Yang paling happening, berkaraoke dalam kereta. Oh, waktu tu, masing2 jadi gila   =.="



Habis dah? Siapa cakap? next aku akan cerita dalam entri berikutnya. Tamau buat panjang2. Nanti jenuh nak baca. Hee..



P/s: Nak pergi lagiiii  (^.^)









Wednesday, June 13, 2012

Penat..!

Assalamualaikum abang2 kacak dan kakak2 cantik.


Pertama sekali, aku nak minta maaf sebab tak tepati janji langsung untuk update blog yang tak seberapa nak meriah ni. Aku sangat-sangat busy untuk beberapa minggu ni. Bukan aku sengaja cari alasan, tapi alasan tu dah memang ada. hee..


Untuk pengetahuan korang2, aku dah 2 minggu straight no belok2 kerja TANPA CUTI..!!! 
*** satu pengorbanan besar tuhhh***\


Minggu pertamanya, berlangsungnya MDS.
 Jadi, tahap ke-busy-an memang mencecah ke tahap maksima yang tak hengat. Mujur adik2 part 1 tak buat perangai pelik-pelik, jadi takdelah tensyen sangat.


Tapi, apa yang bestnya, aku tak jadi PMDS a.k.a ABANG OC lagi dah. Terus naik pangkat jadi "STAF".. 
*** tamau jeles2***


bosan2 di UPK  :p


Ramai juga kawan2 yang jadi OC, jadi takdelah sunyi sangat aku melopong dekat pejabat kolej tu. Kalau tak, memang aku dok pandang kucing dengan makcik2 cleaner tu lalu je ttiap hari.


Sepanjang MDS tu, busy nye ke arah pendaftaran kolej. Fail2 pelajar yang bersepah2 dekat pejabat itu masih tak bersusun. Tapi mujur ada cik Rina kita yang comel lotey itu. Kurang sikit beban kerja. hee
*** dia budak praktikal***

ramai kan??



Itu MDS. The next weekend aku di-busy-kan dengan pendaftaran pelajar lama pula. Yang ini memang sakit kepala. 



Ada yang datang dengan mak ayah. Jenuh nak menjawab soalan2 mak ayah yang macam tak puas hati bila anak dowang dapat bilik yang mcm tong sardin.


Dekat sini aku nak jelaskan. Mengikut peraturan UiTM, penginapan HANYA disediakan kepada pelajar SEMESTER 1.. pelajar lain, mengikut budi bicara UPK masing-masing. Jadi, kalau orang dah bagi tempat di kolej, kenapa kowang nak memekak bising-bising gosip2 tak puas hati? Kalau tak suka, silalah cari rumah sewa dekat luar ya..
*** tau pula bising rumah sewa mahal***


Untuk hujung minggu ni pula, ada Karnival 6K anjuran Universiti. Jadi, nampaknya aku TERPAKSA sekali lagi mengorbankan cuti hujung minggu. Oh, harap2 tak pengsan!!



Teringin nak turun KL...  :(