Monday, January 17, 2011

Hangout Time...

Assalamualaikum...

Wah~
Haa, aku rasa kowang semua dah boleh agak kan kat mana aku Hangout ngn kekawan aku? 
Betul...! mak kepada negeri Pahang, KUANTAN... 
sebenarnya takdelah best  mana pun pergi sana, cuma sebab aku pergi dengan kawan2 yang gilanya tak macam orang waras, itu yang best kot.hahaha...
Jadi, kowang nk tau tak macam mana trip aku ke Kuantan? jom... astalavista..

BAS KUDA..!
aku dah lama cadang nak pergi Kuantan ni. tapi Jumaat hari tu yang berkesempatan. kalau tak, memang tak tergerak pun dari bandar Jengka kesayangan ni. Siapa yang pergi? oh, mestilah si PEGUAM dan GURU TADIKA tu. 
kitowang rancang nk naik bas pukul 8.30 pagi, tetapi disebabkan aku berpegang kepada kata2 ni,
"Kita merancang, Allah menentukan..."
kami pun terlewat naik bas. dapat naik bas kul 9.30, tapi gerak pukul 10 sebab dowang nak penuhkan bas.
~ASWAD, sebenarnya kau yang lambat bangun eh...hahaha

kami pun naiklah bas yang macam naik kuda tu sehinggalah ke Kuantan. rasanya dekat 2 jam jugalah. pergh, bontot aku dah rasa macam nak tercabut sebab duduk lama sangat dalam bas tu.
ASWAD, 2 jam tu tak lama lah. cuba naik bas pergi Arau pula...
Oh, manusia sekalian. Sesungguhnya aku memang tidak boleh duduk lama tanpa membuat senaman punggung. aku akan rimas. hahaha..
~duduk seat belakang sekali, memang dapat naik kuda free lah...
inilah BAS KUDA kami~


LAS VEGAS KUANTAN
Kitowang sampai Kuantan pukul 12 kalau tak silap. Kemudian kitowang simpan beg dekat kaunter simpan beg tu, pastu menapak pergi ke Megamall Kuantan.
oh, aku sungguh jakun.hahaha. mesti sebab lama sangat duduk Jengka nie.
masuk je dalam Megamall tu, aku rasa macam nk masuk semua kedai dalam tu. maklumlah, dekat Jengka kedai boleh bilang dngn jari jer..xD
kowang nk tau? PEGUAM dengan GURU TADIKA tu beria sungguh main dekat game center yang dekat atas tu. yang pakai token.. pergh, semangat habis dowang cuba mendapatkan henpon kamera. hahaha.. sanggup tu ulang alik tukar token. tabiklah!!!
kata si PEGUAM  :
"Kalau ada orang tanya buat apa pergi Kuantan, just tayang je henpon tuh..."
tapi tak dapat pun.hahahhaha..
~aku main tarik anak patung tu jer... tapi tak dapat...sob2..
yang belah kiri tu yang aku geram sebab tak dapat..
SELANGKAH KE SYURGA


Alamak, jam dah dekat pukul 1. Kami pun cepat2lah keluar dari Megamall tu. okay, aku dah tak ingat jalan nk pergi masjid.hahaha.. aku mesej mak aku tanya masjid dekat mana, tapi dia tak balas. ah, sudah! kang sesat sampai masjid terengganu kang, naya jer...
patu ktowang jalan je la.. alek2 kitowang nampak ada sikit punya tinggilah tiang masjid tu. sah2 tu masjid. 
Oh, Allah.. terima kasih sebab bagi petunjuk. 
masalahnya sekarang, walaupun kitowang dah nampak tiang masjid tu, camne nak pergi sana? aku cadangkan kitaowang ikut je ada sowang pakcik yang pakai kopiah tu. mesti dia nk pergi masjid gak. 
tup tap dia hilang. pakcik tu mmg nk datang sebelum imam kot. laju btol.
kitowang jalan je la. walaupun ketiak dah bagi signal nak pancut peluh, tapi disebabkan keimanan kitwoang yang sanggup meredah bahang matahari, akhirnya kami sampai juga ke masjid tu. Alhamdulillah..
~harap2 tergolong dalam kalangan mereka yang masuk syurga..xD
Besar gle masjid ni. lawa lak tuh~

PENCARIAN BAKAT BARU
bakat baru apa ni ASWAD? kowang jangan ingat kitowang pergi Kuantan ni semata2 nak berjoli dan bercoli jer..eh, tersasul.haha.
lepas je semayang, kami bertiga membuka langkah semula ke Megamall.
hello, bukan untuk mencari bakat baru penjudi terhebat Malaysia, tapi sebab kami ada agenda lain dekat situ.
nak buat apa?
MAKAN...!!!!!!
yeah~ aku berjaya memujuk mereka untuk makan di Pizza Hut. sumpah aku ngidam.. nk makan Hawaiian Chicken tambah cheese keras dekat tepi tuh. wahhh...sedap2. harga? takyah cakaplah. biarlah rahsia. hehe.
lepas makan, dengan perut masing2 yang dah mcm mengandung 7 bulan, naiklah ke tingkat paling atas untuk 'bersukan'..

Sume Am yg abehkan.haha
Sumpah sedap~


1t time dia men boling~

apa lagi, Bowling time...!hahahaha
salah satu tujuan aku pergi Kuantan ni sebab nk main boling lah. bapak best. kitowang main 3 game jer. sebab takmo main lama2, nnt dowang minta kitowang main untuk Malaysia pula. kitowang still nak belajar dulu lah.hahha
~jari rasa nak tercabut time tuh. tapi puas...!

Rugi je tak abeh.. :(

TELUK CEMPEDAK...!!
"Hello Jerry, kau dekat mana?"
"Aku dekat Gambang"
*** sejam lebih kemudian ***
"Hello Jerry, kau dah sampai ke belum?"
"Aku tak sampai lagi..."

Masa bila pula Gambang dengan Kuantan sejam lebih? pakcik naik basikal pun boleh sampai 45 minit. rupa2nyer, dia naik motor. tapi motor bukan laju ke? hujan kot..
sementara menanti VIP tu datang, kami berjumpa dengan kawan Am. nama dia Nabil.
1st impression, satu lagi geng Am. anak2 owang kaya..hahahaha
dah la mamat tu lagi tnggi dari aku. tercabar gak lah, sebab jarang gle dapat jumpa yang lagi tinggi. haha.
untung mamat tu peramah orangnyer..boleh la masuk jarum cepat sikit.xD
meronda ke kedai laptop, lepas tu beralih ke terminal semula.

surprise.....!!!


ada Apis ngn Azmi sekali. wah, meriah.
pot pet pot pet sekejap, lepas tu kami angkutlah satu teksi untuk ke TC. RM15. okeylah kot sbb kitowang naik berempat. smpai je dekat TC tu, aku semangat gle nak mandi. tapi tgk bendera merah tu dah naik. maknanya taley mandi. sob2.
patu dowang ajak gi lalu jambatan untuk pergi side sebelah sana. bapak panjang jmbatan, tapi cantik..
Thanks dekat nabil sbb amek gamba~

sampai je dekat hujung, aku pun membogelkan diri untuk mandi.hahahahahhaa.
serius aku suke gle dengan ombak dia. walaupun aku tak pandai berenang, tapi aku bajet pndai berenang.
badan aku luka, tgn ngn jari aku berdarah sbb kena hempuk dengan ombak besar smpai tercampak kena batu besar. bayangkan besar mana ombak tu. waa..
kalau owang len, msti ada yang da serik, tapi apa aku buat? pergi cari lagi ombak besar.hhahaha

dah puas mandi, kami pun pergi la membersihkan diri. lepas tu pergi mamam. Apis, Azmi ngn Jerry nak makan McD... tapi kami berempat hanya makan gerai biasa yang harganya macam dekat hotel.haha..takpe, sedap...sesedap akak yang jadi waitress tu..hahahahha..xD

lepas tu ktowang sembang2 sekejap sambil menikmati panorama malam tu. sekejap ke? sumpah lama..sampai pukul 12 lebih.. dekat 6 jam kitowang dekat TC tu. mcm2 kitowang nampak.
nk dijadikan cerita, aku ternampak ada BAPOK 3 owang.
finally, aku dapat jumpa BAPOK..
~tak pernah jumpa live...xD
yg kelakanya, aku tengok dowang macam buat mesyuarat tingkap, lepas tu main gedik2, tarik2, tolak2. apa dowang nk buat tu? takkan nak beraksi dekat situ? bapak public figurenyer.. rupa2nyer, dowang TAKUT NAK MASUK TANDAS LELAKI...hahahahahha..!!!
bongok, nak sangat jadi BAPOK, kan dah susah nak  masuk tandas.hahaha

dah rasa mcm nk tercabut segala sendi, kitowang pun merancang ler nk balik. apa yang jadi? pakcik teksi tak dapat dihubungi. sah2 dah terbongkang atas katil. takkan nk tidur dekat situ kot. angin pantai seram siut..haha
nasib baik, ada abang waja putih..hahahah..
~untung tak payah bayar..hahahahahhaha


Aku suka gamba nie~

Hyatt Regency~

Terasa seperti fotografer hebat lak.haha..tu azmi~

AKU tgh nk berak,hahaha

Sesi pemujaan laut.haha. hebat tak Jerry tutup Apis?

Yg hitam kat tepi tu buka tuttt eh~

"HOTEL ITALI"
mahal gila????oh tidak~ kenapa Hotel Itali? macam biasalah, perosak bahasa Am yang bagi.haha.
aku pelik tol. nama tade owang penah dengar nama tempat aku tuh.
actually, dowang semua tidur dekat uma aku. nama tempat aku tu Setali. semua tak tahu kat mana, walaupun owang yang duduk kuantan. hahahaha...
biarlah. janji memang ada rumah dekat situ. 
kami semua sampai umah pukul 12 lebih, dekat pukul 1 tak silap. kemas2 sikit umah tu, pastu aku bentang la toto. sempat gak dowang beli makanan untuk supper
pastu kami sembang2lah sesama kami. mcm2 rahsia terungkai.hahaha..
waktu ni lah aku rasa Nabil tu takdelah susah sangat nk berkawan ngn dia..ok jer.
atas sofa Azmi, pegang fon Nabil, baju putih Naza, pastu Jerry.

langsir buka takut moto kena curi.haha
pagi tu kami bangun. cadang bersiap lebih kuwang pukul 11, tapi 12 lebih baru keluar rumah. 
dalam masa tu, sempat la juga aku main game kad. bukan judi eh..
dowang bagi nama game "kencing". pelik2 je nama game tuh. kesian owang yang cipta game tuh.haha
seronok pula main game tuh.

lepas tu, kami keluar. okay, pakcik teksi tu tak angkat fon lagi sekali. huh, penat sangat kot wat 'overtime' ngn bini.hahah.
Alhamdulillah, nasib kami agak baik kerana ada teksi yg lalu dkat situ. kami terpaksa buat mesyuarat tingkap sebab kami ada 5 owang, plus pkcik teksi tu jadi 6 owang. mana boleh naik kereta. 
akhirnya, SUMBAT jer..hahaha.

smpai bandar,kami pergi EC mall, makan, tengok wayang, cerita yang namanya macam best tapi jalan cerita dia hanya boleh dikategorikan sebagai OK, lepas tu makan lagi, BIG APPLE, dan akhirnya berlari ke benteng untuk naik bas last ke jengka kesayangan.
bas tu pula macam tutttt..
aku rasa driver dia sedara mara Alex Yong la..bapak laju dia bawak. cuak aku.
akhirnya, sampai juga ke Jengka.
~sempat singgah pasar untuk MAKAN lagi.hjahahaha

apa2 pun, aku nak ucap terima kasihlah dekat semua yang ada waktu tu.,serius bessstttt dowh....!
Am si Peguam.
Naza si guru Tadika.
Apis si Abang Misteri.
Azmi si Adik kiut.
Jerry si perasan kiut.
Nabil si Kawan Baru.
Aisya si tak kisah.

Thanks to all of you.
i'll see you soon.
tata tutu titi tete toto.
assalamualaikum

~1.40 petang
~Sedikit mengantuk.... xD

No comments: