Wednesday, December 29, 2010

Merry Hujanst...

Merry Hujanst? apa kejadahnya itu? aku sendiri tak tahu nak kata apa maksud sebenarnya. ia cumalah dua perkataan yang aku cuba samakan dengan dua perkataan yang sudah sedia kita maklum.
nak tau apa mksud dia? meh sini aku cerita...

Sekarang kan sekitar area 25hb... so, ramai yang sambut Merry Christmas. Disebabkan M'sia ni terletaknya di garisan khatulistiwa, memang takkan turunlah salji. Kalau ada, memang ajaib bin pelik lah. 
~nak sangat main salji. dekat Genting xbest. keras... kalau kena telinga, mcm kena minyak panas pedih dia. kalau baling dekat orang, mcm tembak meriam..hahaha

Jadi, selain Merry Christmas, kita sambutlah perayaan baru~ MERRY HUJANST... sempena nama musim hujan.hahahahhaa
~okey, tak lawak... tayah gelak.

bukan aku tak bersyukur ada hujan. bak kata orang, hujan itu antara satu nikmat Allah kepada kita. betul kan?? Tapi, biasalah manusia, mesti ada benda yg dia tidak sedikit tidak selesa, and i am one of them... :p
~aku antara org yg bersyukur yer... (kembang kempis idung puji diri)

dekat hujung2 tahun ni selalu sangat terjadinya banjir. kalau pasal hujan, mesti ada kaitan dengan banjir, dan mesti ada kaitan dengan AIR. cerita aku ni pun ada kaitan dengan AIR juga. AIR apa? meh la kita kongsi...

siapa yg duduk dekat Jengka, mestilah dia orang tahu yang area ni memang feymes dengan kawasan yang penuh menghijau. Pndang kanan kelapa sawit, pandang kiri kelapa sawit, pandang depan Cik B lalu, pndang belakang.... Haa, tamo la cakap..hehe.
~Cik B tu khinzir 'comey' yg mmg besepah dekat jengka ni. Siapa tak pernah jumpa, anda bukanlah warganegara kawasan Jengka. sila dapatkan VISA..takpun, cari lah Cik B smpai jumpa. dapat amek gmbar dy pn bagus. buat bahan bukti..hahaha

Bila dah hujan, mestilah sejuk, ditambah pula dengan air cond yang sentiasa menjalankan tugas untuk meremangkan segala bulu badan dan menyusahkan manusia di jengka untuk mandi pagi!!! 
~siapa cakap air cond tade kburukan?

bila dah menggigil mcm duduk dekat kutub utara tu, mstilah rasa nk kencing. tade masalah kan? tapi msalah aku ni, satu hari dekat 6 KALI ulang alik tndas sbb nk menjalankan 'pelaburan kecil' tu... satu sesi 'pelaburan' tu pula sikit punya lama sbb peram dulu. Huh, memang tak selesa betul!
~kalau letak dalam botol, boleh isi penuh satu botol besar 100+ ni...

Haaa, korang perasan tak, pnjg khutbah aku tadi, juz nk cakap yg aku kencing byk baru2 nie..hahahhaa. tapi mmg serius, payah owh. kalau tndas tu boleh cakap, dia mesti cakap :
"asyik 'pelaburan' kau je. takde orang lain ke?"
so, pepandailah korang semua uruskan 'pelaburan' masing2 sama ada yg kecil ataupun besar. bijaklah 'berbelanja'..hahahha
~nasihat yg sgt berguna...

I'll see you soon. tata tutu titi toto tete...
Assalamualaikum.

~ 3.51 pagi
~ nk kencing...!!

Monday, December 27, 2010

Abang OC...

assalamualaikum...

Yeah~ dapat kita jumpa lagi. entri kali ni pasal Minggu Destini Siswa ataupun minggu orientasi student baru. Esok dia orang akan datang. cuak betullah... bukan cuak apa, nak layan 1000+ student, mampu ke? cuba bayangkan aku ada anak banyak tu. haha...
Teringin nak anak byk gitu~

dengar cerita, student yang nak daftar masuk ni dekat 3700... haa, amek korang. mmg lepas ni kene minta ADUN jengka buat rumah flat.. tp kita orang sume harap2 yang datang nnt dalam 1500 je. kesian kan dekat kita2 nie... 
jom pasang khemah depan uitm nak??
Inilah saya~ OC Aswad...haha

Aku dapat jadi Biro Pentadbiran. aku igt keje dy senang, tp boleh tahan payah juga. tapi mmg best la. mmg kene la dgn peribadi aku, kne senyum sokmo..haha.. bygkan aku jd Biro Disiplin... aku pn nk gelak kalo aku jd Biro tu.
Kalo dapat Biro makanan, mmg aku je yg makan~






Okey la..itu aje nk kongsi so far. kalo ada apa2, nnt aku masuk entri baru lah yer. Doakan yg terbaik, dan harap2lah tak ramai yg masuk sbb nnt betul2 kene baring atas jalan raya tu..haha

i'll see you soon. tata tutu titi toto tete...
gudnyte..

~1.16 pagi
~ nervous


Ini roommate saya~ OC Anwar.. Biro Disiplin tu. jom gelak ramai2.haha


Sunday, December 26, 2010

Hye...

Assalamualaikum...

ASWAD  ada blog??? biar betul??? haha...
yes, ASWAD dah ada blog. tak payah pergi report dekat TV3, tak payah nak masukkan dalam KOSMO, tak payah nak report kat opah aku, sebab aku masih NORMAL..! haha :p

bukan apa. baru-baru ni aku baru perasan yang rupa-rupanya aku ada ramai kawan yang dah ada blog. best ke tulis blog? aku sendiri tak tahu. maybe kalau aku dah tulis entry baru sampai bersepah-sepah, baru tahu kut sama ada best atau tidak buat blog ni.

kadang-kadang aku jeles gak bila tengok kawan-kawan ada blog.
( pesanan penaja :  ASWAD memang cepat jeles. haha )   
so, secara automatik nya aku nak cubalah buat satu. biarlah takde orang nak tengok pun. janji bila ada orang tanya,

  "Eh, ASWAD ada blog tak?"

aku dengan senang hati dan terkembang kempis segala isi badan, bolehlah jawab macam ni,

 "Well, kau ingat aku duduk JENGKA tak reti nak buat blog?"

bila aku survey beberapa blog, aku tengok ada banyak faktor kenapa orang buat blog. so, aku dengan tidak bartauliahnya membuat satu statistik analisis untuk menyenaraikan kenapa orang buat blog.
( pesanan penaja : ASWAD amat tension bila belajar STATISTIC QMT :-(   ) 

1-  Sesetengah orang guna untuk luahkan perasaan
aduh, dia orang ni memang main perasaan betul. kalau ada cerita pasal benda sedih, memang sedih betul. kalau ada cerita pasal benda lawak, rasa nak tergolek jatuh tangga pun ada. memang pandai betullah dia orang ni luahkan perasaan. kena marah dengan mak ayah la, putus couple la, kuku patah la... mcm2

2-  Sesetengah orang guna untuk bergosip
ni lagi satu. kita baca dia punya entry, tak pasal2 kutip saham akhirat. kalau saham bagus, takpe juga.. ishk2, tak patut betul. kalau setakat nak bergosip, buat mesyuarat tingkap cukuplah. tak payah nk bgtahu semua orang. pot-pet aje lah dengan kawan2 sndri. cerita jiran terkentut mcm ekzos kereta la, cerita kwn pergi sekolah zip terbuka dari pukul 7.30 pg smpai 1 tghari la, cerita pensyarah tak perasan ada bangkai nyamuk dekat pipi la... mcm2

3-  Sesetengah orang guna untuk mencapab
mencapab? apa maksud ni? aku sendiri baru gak la tahu pasal ayat tak diiktiraf ni. sebenarnya dia singkatan dua perkataan, 
menca= mencari, pab=pablisiti
maka, gabungannya dapatlah perkataan mencapab. 
pesanan penaja : ASWAD tidak mencapab ya...xD  )

4- Sesetengah orang guna untuk mencari keuntungan
okey, this kind of factor is acceptable. baguslah kalau macam ni. kadang-kadang orang buat blog untuk jual something kan? ada je yang jual baju, seluar, beg dan mcm2 lagi la... mungkin dia orang nk jimatkan kos dari segi sewa kedai, pakai blog pun boleh.. kalau pakai blog, kadang2 senang sikit nk amek order..tp jgnlah jual diri pula ye dalam blog. entah2 nnt kita nmpak ada blog yang tertulis : DIRI UNTUK DIJUAL. 
memang nk kene pelangkung tu...

5- Sesetengah orang guna dengan tujuan yang sama macam AKU...
haa, yang macam ni pun takpe..
( pesanan penaja : ASWAD nk menang aje )
tujuannya untuk menghilangkan rasa bosan dan bercerita apa yang patut, dan berkongsi pengalaman dengan orang2 yang sudi baca.. 
bagus kan? yeah, pujilah lagi..hahahaha

rasanya sampai sini aje la..
agak penat dan sibuk dengan persediaan nk jaga pelajar baru. mungkin akan ada entri pasal apa yang aku buat smnggu sebelum cuti sem mula kot..
insyaALLAH yer..

so, i'll see you all again later..tata tutu titi toto tete...xD
assalamualaikum

~1.23 pagi.
~mengantuk