Thursday, December 1, 2011

Aloha Senior Part 6 (^-^)

Assalamualaikum dan selamat malam kepada boboboy dan gegegerl di luar sana yang terpaksa meng-klik link ke entri blog aku yang dah bersawang agak lama ni. Apa-apa pun, syukran jazilan !



Entri kali ini lebih berkisar kepada kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa yang masih tidak jemu-jemu untuk menaburkan bakti, mengikis segala karat yang melekat di minda dan melapangkan dada menerima segala ilmu yang sedia dicurahkan oleh para pensyarah di tanah Jengka tercinta ini.

Anda rasa ianya bosan? Tanpa segan dan silu aku mengizinkan anda untuk mengerakkan tikus-tikus anda ke bahagian bucu sebelah kanan, dan bolehlah meng-klik pada ikon (X) di situ. Atau dengan lebih drastik lagi, sila tutup plug laptop atau komputer anda (=.=")

Pertama sekali, apa kata anda semua mengucapkan tahniah kepada aku sebab akhirnya berjaya melayakkan diri ke semester terakhir, yakni PART 6 yang dibangga-banggakan oleh hampir semua pelajar Diploma, tidak kiralah diceruk Arau sana, atau di hutan Jengka, mahu pun di seberang Samarahan.
*Tepuk tangan ramai-ramai !!

Untuk pengetahuan anda semua juga, aku telah dengan tidak sengajanya TER-jadi OC untuk kali ketiga berturut-turut. Oleh sebab itu, aku terpaksa membiarkan blog ini dalam keadaan tidak terurus untuk seketika. Hanya hari ini, malam ini, bersaksikan lampu kalimantang dan kipas berkelajuan maksimum yang masih belum bercuci itu, aku akhirnya merajinkan diri untuk menulis entri yang terbaru bagi santapan anda dan juga aku sendiri.
*Sem ni dapat katil bawah. yeay!



Aku malas bercerita mengenai MDS. Bukan sebab aku tak suka adik-adik junior yang kiut-miut itu, tetapi kerana ceritanya yang sangat panjang, lebar dan bengkang bengkok. Aku pasti kamu semua akan berpinar-pinar mata untuk mengikuti kisahnya. Cuma di sini aku ingin meng-highlight-kan yang gimik penutup sangatlah best. heeee
*ada je yang mcm dah tahu. tapi ada kitorang kisah??? :p

Jadi, minggu pertama sebagai mahasiswa PART 6  Diploma in Banking di UiTM Jengka amatlah memeritkan. Bukan sebab aku sudah bosan belajar, tetapi kerana masalah jadual dan subjek yang kadang-kadang boleh buat anda malas untuk belajar.

Buka saja semester, aku mendapat berita yang subjek ETR300 aku dan FIN329 aku bertindih. Ah, kelam kabut seperti tikus kena kejar kucing aku susun jadual. Akhirnya, aku terpaksa juga berjumpa dengan PA aku (buat pertama kalinya), berbincang mengenai masalah yang tidak tahu tercipta daripada mana.

PA     : Ada masalah apa?
AKU : kelas saya bertindih. nak minta buka kuota.
PA     : subjek apa?
AKU : Investment.
PA     : kalau mcm tu, ambillah legal (ini subjek pilihan. dan ianya TEORI !!! )
AKU : saya tak mahu! (muka dah cuak gila )
PA     : bertindih dengan subjek apa? (muka meyakinkan )
AKU : ETR 
PA     : Tukarlah group ETR tu. ada 30+ kelas.. (dengan selambanya dia cakap)
AKU : Saya tak nak tukar kelas ETR tu.. (sebab lecturer dia aku kenal and sangat baik.. )




kemudian kami pun teruslah bergaduh, bertumbuk, ber-wrestling dan sebagainya.. akhirnya, berjaya juga dia membukakan satu kuota untuk aku ke kelas kelas Investment group M, di mana PUAN AISHAH yang menjadi pensyarahnya.. (lecturer feveret tu.. )


Minggu pertama di Jengka amatlah menyeronokkan kerana ada banyak kelas yang masih tiada pensyarah dan ini perkara biasa yang berlaku di sini. Jadi, cuti semester kami seolah-olah bertambah selama satu minggu lagi. Yeay lagi !!
*aku dengan sengajanya ponteng 2 kelas... heee

So, inilah subjek yang aku ambil untuk semester ini..

ETR 300
(Entrepreneurship)
3 jam kredit.


subjek ini adalah subjek wajib untuk semua pelajar diploma. jadi, mahu tak mahu, memang sah-sah kena ambil. Dalam kelas tu, hanya ada dua orang lelaki. aku dan seorang lagi. hehhehehehe..
subjek teori. ada juga kira-kira. tapi yang paling seronoknya akan ada presentation pada hujung semester nanti. wow!

ISB 300
(Islamic Banking System)


3 Jam kredit.
Subjek ni wajib bagi pelajar banking. Nama subjek pun dah melambangkan Banking itu sendiri. Aku sangkakan subjek ini ialah teori semata-mata. tapi ustaz aku yang mengajar, dia cakap ada bahagian kira-kira. Aku tercengang untuk 4 saat. 
FYI, ustaz aku ni, nama dia Hafiz.. dan sangat kelakar orangnya. ada masa, aku akan upload gambar dia.

FIN 329
(Investment Analysis)


4 jam kredit
Subjek kegemaran aku sebab ada kira-kira. Aku sanggup beradu tenaga dengan PA sebab nak masuk kelas investment juga. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku ambil legal. oh tidak !!
PUAN AISHAH yang ajar subjek ni. Dia pernah ajar aku waktu aku PART 2 & 3 dulu. So, aku dah tahu stail dia mengajar macam mana dan aku suka.. (>.<)
* aku sorang je HERO dalam kelas ni.. kui3..

MKT 361
(Principle and Practice of Selling)


3 jam kredit
Subjek membaca yang penuh dengan teori. Sampai sekarang, sumpah aku tak tahu subjek ini menceritakan pasal apa. Pasal jual-jual lah kot..Mungkin tak lama lagi kut baru pemahaman aku akan datang menyergah jiwa dan minda ni. pensyarah aku ialah seorang Prof Madya.. perghhh..
1st impression aku dekat dia ialah, sangat bosan !! tapi bila dia start masuk kelas, dah jadi maharaja lawak punya show..  aku rasa 30% belajar, 70% bergelak sakan. haha..

itu sahaja untuk kali ini... 4 subjek saja ye. sila jangan cemburu. tak baik...
so, kita jumpa lain kali. Pada waktu aku sedang ber-mood rajin.. sayonara!!

Insya-ALLAH bakal grad.. heee :)

ada junior part 1 ingat kami yang pakai kad matrik warna putih ini ialah REPEATERS.. hello!! super senior ni.. last batch yang pakai warna putih ya..sila fahamm.... (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

tahniah.. dah final sem.. :) all the best aswad.. (n_n)

Nurul Nadiah Ilias said...

haha, dah lah jadual kelas bertindih, dah dpat tu, ko sorg2 je laki. haha. Goodluck wad! jom g degree same2 :D