Monday, December 5, 2011

Dilema

Assalamualaikum dan selamat pagi serta selamat mendengar ayam berkokok disamping menikmati keindahan dengkuran rakan-rakan serumah atau sebilik anda saya ucapkan.




oh, untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya semalam (Ahad, 4 Disember) aku telah mengalami satu lagi masalah emosi yang tidak yang tidak dapat aku kawal dan kuasai, iaitu dilema

apa yang membuatkan aku dilema? 

sebenarnya aku ialah seorang yang sangat berfikiran jauh serta suka membayang dan memikirkan sesuatu yang belum terjadi lagi. Jadi, dengan tanpa segan dan silunya, aku sudah pun mula membayangkan diri ini berada dalam suasana DEGREE.
(baru je start semester baru... =.= )

Antara pilihan degree yang menjadi pilihan sang arjuna pengarang hati ini adalah:

Degree in FINANCE
Degree in INTERNATIONAL BUSINESS
Degree in ISLAMIC BANKING

jadi, dengan akal yang dikurniakan Ilahi ini, aku telah pun mula merancang untuk mengurangkan jumlah subjek yang mungkin aku akan ambil pada masa akan datang. Setelah aku kaji, korek dan bertanya, penerapan ke semester 3 kelak, subjek yang akan diambil adalah lebih kurang 6 ke 7 subjek untuk semester itu. Jadi, aku terkejut beruk sebentar, ditambah pula dengan jam kredit yang tak ingat dunia.

Disebabkan aku berada dalam Diploma in Banking, jadi majoriti subjek aku ialah subjek Finance. Aku sudah tidak perlu risau akan Pengecualian Kredit (PC) yang akan aku minta kelak. Begitu juga untuk Islamic Banking kerana aku sudah pun mengambil subjek tersebut pada semester ini.

Tapi, lain pula yang terjadi kalau aku memilih International Business. Aku tiada langsung subjek yang berkaitan dengan subjek tersebut. Jadi, aku mula berangan untuk MENAMBAH SUBJEK MGT361, Introduction to International Business..
(Aku rasa aku dah gila!)

Aku sangkakan, aku akan dapat PC untuk subjek ini bila aku sambung kelak. Aku sudah mula berfikir ayat-ayat manis yang perlu aku tabur pada PA aku kelak agar dia membenarkan aku untuk menambah subjek di mana ianya diluar daripada subjek yang diambil pelajar Banking. Aku juga sudah bertanya-tanya senior-senior mengenai subjek itu, dan juga sudah mula membelek-belek kelas yang ada.
(sangat bersemangat!)

RF : Kalau dah ambil subjek tu pun still kena ambil waktu degree nanti. Kawan2 yang dah ambil dulu tak dapat pun PC..


aku kaku untuk seketika.
tapi hati lega kerana aku sudah tidak perlu bersusah payah untuk menambah subjek, menambah kelas, menambah assignment, menambah presentation, dan menambah jam kredit.


sekian.. aku sudah tidak dilema~

2 comments:

Joe_Hans said...

jauh lagi 2 dik oi... program penerapan @ tak.. itu terpulang kepada diri sendiri... pada sy, nikmatilar zaman diploma dahulu.. baru melangkah ke degree... :)

Eerul Eezuan said...

memang sedang menikmati zaman diploma ni.. pensyarah suap je semua info dekat kita, tak macam dekat degree. tapi, merancang masa depan pun tak salah kan. heee..
(oh lamanya degree ! )