Thursday, November 3, 2011

REAKSI PELAJAR IPTA/S SEBELUM, SEMASA & SELEPAS RESULT EXAM KELUAR

Assalamualaikum.

selamat pagi, selamat tengah hari, selamat petang, selamat malam dan juga selamat tengah malam kepada akak-akak cun melecun dan abang-abang kacak bergaya yang entah macam mana boleh terbaca entri kali ini.

kali ini, aku nak memulakan balik sesi merepek aku yang sudah lama aku tinggalkan. mungkin skil aku sudah berkurang. mungkin aku sudah tidak mampu untuk merepek di alam maya ini. tapi, aku akan usahakan. 
USAHA TANGGA KEJAYAAN 
(tiba-tiba je)

kalau kamu semua tengok tajuk dekat atas tu, pasti kamu pun tahu kan apa yang aku akan merepekkan kali ini.

RESULT DAH NAK KELUAR DAH WEH !!!!

- eleh, Aswad. kau tu cakap je cuak, tapi dekan juga.
- tahniah aswad. aku tau kau mesti dekan.
- 4 flat la tuh.
- kalau tak 4 flat, terbalik bumi ni.

MY WORDS : kau ingat aku ni Elbert Einstein, bin Adi Putra sedara kepada Nur Amalina Che Bakri 
ke???



Jadi, tanpa membuangkan banyak masa yang memang sudah sedia maklum terbuang, marilah kita teruskan dengan apa yang aku ingin merepekkan kali ini. info-info ini amatlah berguna untuk junor-junior baru yang masih lagi bergetah di alam universiti kerana FYI, inilah yang senior-senior kamu yang tidak senang duduk, berdebar satu badan, menggigil macam jawab exam dalam DSG buat. 
enjoy..

1. SEBELUM RESULT KELUAR

apa yang aku ingin merepekkan kali ini ialah mengenai para pelajar di Facebook terutamanya. aku tak pasti kalau masih ada lagi yang pakai Myspace atau Friendster. Twitter tak payah cakaplah. sebab aku tak reti pakai. 
lame? 
at least aku mengaku !!

berikut adalah antara status-status mereka sehari sebelum result keluar.

takot dowh.. 
aku tak dapat nak tidur. sumpah aku cuak result aku teruk.
aku dah minta maaf dekat mak ayah aku awal2. persediaan.. manalah tahu.
ala, result je pun.
aku tawakal je dengan apa yang aku dapat nanti.
korang nanti bagitahu la eh dapat berapa.

kamu semua mesti perasankan? sampai ada yang siap tulis berapa jam, berapa minit dan berapa saat lagi sebelum result keluar. wah, sangat terperinci dan sangatlah detail orangnya.

selain itu, mungkin ada mempunyai tanda-tanda seperti ini juga:
- tak dapat tidur beberapa hari sebelumnya
- selalu sahaja bermimpi mengenai result anda (lagi2 yang 1st timer ni).
- cuba mencongak pointer dan gred yang munkin anda dapat.
- sanggup contact lecturer suruh tolong checkkan sebab terlalu bersemangat dan tidak sabar.
- berlagak cool padahal jantung sudah mengepam darah terlampau banyak
- mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, tapi asyik nak terkencing je..

2. SEMASA RESULT KELUAR


Status-status facebook anda :

- lembabnya lah internet ni.
- kenapa student portal tak boleh buka ni?
- kenapa email tak sampai-sampai lagi ni?
- daripada tadi try login portal, tapi tak lepas2. jangan risau, saya masih mampu bersabar.
- ada kawan2 yang dah dapat check result?
- siapa yang dah dapat check result tu, silalah logout dan bagi peluang dekat orang lain untuk check juga.
- daripada tadi asyik loading je...

simptom2 yang mungkin menjangkiti anda pula :

- tangan sudah naik lenguh menekan butang refresh.
- tidur siang awal-awal untuk berjaga pada tengah malam sambil menantikan email sampai.
- sekirannya portal menjadi pilihan, tepat jam 9 pagi anda sudah berusaha sedaya upaya untuk login.
- henfon menjadi teman setia untuk bertanya dan bertukar2 pointer
- disebabkan result keluar hari jumaat, si wanita menunggu bila khatib bagi khutbah kerana KEBANYAKAN lelaki sedang di masjid.

3. SELEPAS RESULT KELUAR

status facebook anda :

:)
:(
Alhamdulillah 4 flat !
Syukur walau pun result tak sehebat mana.
Weh, apa result korang?
result seperti yang aku jangkakan. 
always be next time. yeah !
kenapa aku tak dapat check lagi ni????
aku tak check pun lagi. malas lah check awal2.



Kelakuan anda pula :

- daripada tadi ulang alik ke kedai membeli kotak tisu.
- menangis tidak berlagu dan tanpa irama
- melompat kegembiraan sehingga tahap melalak.
- tidak habis2 merenung result anda seperti ia akan berubah pada bila2 masa
- tersenyum seorang diri
- dikejar mak dan ayah dengan penyapu

jadi, anda yang mana satu? 




takde satu pun yang betul?
MY ANSWER : well, nama pun merepekkan..

4 comments:

Unknown said...

buat aku jd lebih nervous bca entry hang nih. haha.. mintak2 la.. HR n FA ok...

kenpoo said...

hang da tau hang dapat ape. mmg la.

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Aku cuma boleh cakap Tahniah je laa~~ :D

1Z-1 said...

aswad! aku ada tag ko kat blog..nnti tgk k! =)