Friday, October 28, 2011

OMD : WANGSA WALK

Assalamualaikum..

salam dan hai diucapkan kepada boyish-boyish dan girlish-girlish yang sekali lagi tidak sengaja membaca blog aku ni.

entri kali ini ialah satu lagi entri untuk OMD aku. so, this time my destination was WANGSA WALK.

takde tempat lain ke kau nak pergi, Aswad? asyik-asyik WW tuh. naik jemu tahu tak?
MY ANSWER :  So what? duit aku, bukan duit kau ! :p



27 OKTOBER 2011 ( KHAMIS)

Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu, aku TER-contact kawan lama merangkap one of my gegerl's bestie ni. tiba-tiba pula dia tanya sama ada aku free ke tak keesokan harinya, and jawapan aku :
OF COURSE AKU FREE !!

kemudian, kami pun buat agreement untuk jumpa esok di Wangsa Walk. 
okey, fine. aku pun dapatlah tidur dengan hati yang berbunga-bunga.

nak dijadikan skrip drama melayu terakhir pula, lepas je Subuh, aku ingatkan tak mahu tidur. tapi, nafsu serakah aku lagi kuat, jadi terpaksalah aku memeluk semula bantal peluk aku yang bunga-bunga tu. 


MESEJ 1 : Wad, pkl 11 eh. ckp ngan wawa lah :)  9.26 a.m

MESEJ 2 : Wad, wawa jd pg x? a+en x jd pg.. Ko dah bgn ke blm ni?   10.11 a.m

dan aku hanya baca mesej2 tu pada jam 12.30 TENGAH HARI. !!! -sorry-

aku pun dengan gelabahnya cepat2 adjust balek masa, pkul 1.30 NAD akan datang amek aku dekat rumah. and aku terus mesej WAWA, suruh dia get ready time tu juga.

kenapa NAD datang ambil kau? kenapa kau tak pergi sendiri? 
MY ANSWER :  dah kereta aku dekat Jengka, and dia yang nak ambil aku. kecil tapak tangan, negeri cina aku tadahkan.

lepas bersiap, akhirnya NAD datanglah ambil aku dekat rumah. then kami pun meneruskanlah perjalanan ke WW tuh. sambil2 tuh, sempatlah juga bergosip menukar maklumat. yalah, dah lama gila tak jumpa. 

TENTATIFNYA : 

* Sampai2 kami terus naik ke tempat boling. tapi dapat tahu diorang masih lagi tak sampai. untuk pengetahuan, WAWA datang dengan ANEM yang tiba-tiba boleh datang pula.
* Kami kemudiannya turun balik ke parkir kereta, and direct terus ke Carrefour, untuk pergi pejabat pos.
* Then, dapat call daripada WAWA yang diorang dah sampai. 
* Kami pergi balik WW, dan jumpa diorang tekat pusat boling tuh.
* WAWA, ANEM dan NAD sangat excited sebab dapat jumpa. siap buat kiss-kiss lagi. aku walaupun TERINGIN nak join, tapi tak dapat nak buat. heee


* Terus kami pergi main. 2 game dan pemenangnya sangatlah nyata, iaitu aku. walaupun ANEM pada awal2nya mendahului.
(hebat juga minah ni)
* Lepas selesai main boling, gosip2 skit, gelak huha huha, usha sini usha sana, kami terus keluar dari situ and pergi food court.
* Aku makan nasi goreng ayam merah, ANEM makan nasi ayam penyet, WAWA makan mi bandung (sedap kutttt ), NAD makan kuew tiaw goreng.
* selepas sesi sembang dan gelak2 sambil mengenyangkan perut, kami pun beransurlah pulang. 


TRIVIA MENARIK?

- ANEM asalnya tak boleh pergi, tapi tiba-tiba dia boleh pergi pula.
- sepatutnya FATEN join, tapi dia pula ada hal.
- aku ngn NAD terpaksa masuk parkir dua kali sebab NAD sangatlah puteri lilin, takut kena panas.
- ANEM paling banyak kali strike! tapi dia still kalah !! (sumpah jeles)
- WAWA punya bola spin woooo !!
- ANEM tak tahu ada food court dekat situ sebab dia biasa makan yang mahal2 je.. hahhaa
- NAD baru terasa feeling tengok cerita korea. itupun cerita 2 tahun lepas. BOF..
- waktu balik dekat highway, aku ngn NAD potong kereta ANEM, tapi dia tak perasan. penat je aku lambai2, macam orang tak betul









WATAK UTAMA : 


-ANEM (yang tgh peace tuh )
- satu kelas dengan aku form 4 & 5
- Dulu dia pengawas sekolah
- dulu dia garang, skarang dah jadi perempuan melayu terakhir
- degree statistik dekat UPM
- masih single, kalau nak, boleh isi borang. kui3.




- WAWA (yg tgh tongkat dagu tuh )
- satu kelas ngn aku dari form 3 - 5
- dulu dia pengawas pusat sumber, tapi dia berhenti. jadi pelajar biasa je.
- seksi lagi menggoda. phewwwit. hehe
- diploma perakaunan UiTM SEGAMAT
- single juga. kalau nak, datanglah rumah aku. kami berjiran. selang berapa rumah je.
- dia suka warna merah



- NAD (yg belah kanan beg ada bunga tuh )
- satu kelas dengan aku waktu form 3 je tak silap. (ye ke nad? aku tak ingat. haha)
- entah macam mana kitorang jadi rapat, aku ta sure.
- pengawas sekolah dulu.
- diploma pengajian perniagaan UiTM KUALA PILAH
- dia banyak juga simpan rahsia aku. hehe
- sekarang dia single, tapi its complicated. kan NAD kan? xD
- dia suka warna biru

-AKU
- korang tak perlu tahu apa2 pasal aku.


kenapa macam sekejap sangat? kenapa macam bosan je?

SO WHAT? YANG PENTING KAMI ENJOY... kan? 
rindu korang ketat2..




NAD - ANEM - WAWA


nasib baik NAD ambil aku. JIMAT tambang bas ngn tren. 

2 comments:

Anonymous said...

ptt le ak dpt msj kol 12.30...ptt la ak heran nape la kuar lmbt sgt...-wawa

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

dah mule bcuti kah kamo??
hamboihhh jln2 sakan deh kamo..

bile mo blanjer neh??