Wednesday, December 29, 2010

Merry Hujanst...

Merry Hujanst? apa kejadahnya itu? aku sendiri tak tahu nak kata apa maksud sebenarnya. ia cumalah dua perkataan yang aku cuba samakan dengan dua perkataan yang sudah sedia kita maklum.
nak tau apa mksud dia? meh sini aku cerita...

Sekarang kan sekitar area 25hb... so, ramai yang sambut Merry Christmas. Disebabkan M'sia ni terletaknya di garisan khatulistiwa, memang takkan turunlah salji. Kalau ada, memang ajaib bin pelik lah. 
~nak sangat main salji. dekat Genting xbest. keras... kalau kena telinga, mcm kena minyak panas pedih dia. kalau baling dekat orang, mcm tembak meriam..hahaha

Jadi, selain Merry Christmas, kita sambutlah perayaan baru~ MERRY HUJANST... sempena nama musim hujan.hahahahhaa
~okey, tak lawak... tayah gelak.

bukan aku tak bersyukur ada hujan. bak kata orang, hujan itu antara satu nikmat Allah kepada kita. betul kan?? Tapi, biasalah manusia, mesti ada benda yg dia tidak sedikit tidak selesa, and i am one of them... :p
~aku antara org yg bersyukur yer... (kembang kempis idung puji diri)

dekat hujung2 tahun ni selalu sangat terjadinya banjir. kalau pasal hujan, mesti ada kaitan dengan banjir, dan mesti ada kaitan dengan AIR. cerita aku ni pun ada kaitan dengan AIR juga. AIR apa? meh la kita kongsi...

siapa yg duduk dekat Jengka, mestilah dia orang tahu yang area ni memang feymes dengan kawasan yang penuh menghijau. Pndang kanan kelapa sawit, pandang kiri kelapa sawit, pandang depan Cik B lalu, pndang belakang.... Haa, tamo la cakap..hehe.
~Cik B tu khinzir 'comey' yg mmg besepah dekat jengka ni. Siapa tak pernah jumpa, anda bukanlah warganegara kawasan Jengka. sila dapatkan VISA..takpun, cari lah Cik B smpai jumpa. dapat amek gmbar dy pn bagus. buat bahan bukti..hahaha

Bila dah hujan, mestilah sejuk, ditambah pula dengan air cond yang sentiasa menjalankan tugas untuk meremangkan segala bulu badan dan menyusahkan manusia di jengka untuk mandi pagi!!! 
~siapa cakap air cond tade kburukan?

bila dah menggigil mcm duduk dekat kutub utara tu, mstilah rasa nk kencing. tade masalah kan? tapi msalah aku ni, satu hari dekat 6 KALI ulang alik tndas sbb nk menjalankan 'pelaburan kecil' tu... satu sesi 'pelaburan' tu pula sikit punya lama sbb peram dulu. Huh, memang tak selesa betul!
~kalau letak dalam botol, boleh isi penuh satu botol besar 100+ ni...

Haaa, korang perasan tak, pnjg khutbah aku tadi, juz nk cakap yg aku kencing byk baru2 nie..hahahhaa. tapi mmg serius, payah owh. kalau tndas tu boleh cakap, dia mesti cakap :
"asyik 'pelaburan' kau je. takde orang lain ke?"
so, pepandailah korang semua uruskan 'pelaburan' masing2 sama ada yg kecil ataupun besar. bijaklah 'berbelanja'..hahahha
~nasihat yg sgt berguna...

I'll see you soon. tata tutu titi toto tete...
Assalamualaikum.

~ 3.51 pagi
~ nk kencing...!!

No comments: