Sunday, December 26, 2010

Hye...

Assalamualaikum...

ASWAD  ada blog??? biar betul??? haha...
yes, ASWAD dah ada blog. tak payah pergi report dekat TV3, tak payah nak masukkan dalam KOSMO, tak payah nak report kat opah aku, sebab aku masih NORMAL..! haha :p

bukan apa. baru-baru ni aku baru perasan yang rupa-rupanya aku ada ramai kawan yang dah ada blog. best ke tulis blog? aku sendiri tak tahu. maybe kalau aku dah tulis entry baru sampai bersepah-sepah, baru tahu kut sama ada best atau tidak buat blog ni.

kadang-kadang aku jeles gak bila tengok kawan-kawan ada blog.
( pesanan penaja :  ASWAD memang cepat jeles. haha )   
so, secara automatik nya aku nak cubalah buat satu. biarlah takde orang nak tengok pun. janji bila ada orang tanya,

  "Eh, ASWAD ada blog tak?"

aku dengan senang hati dan terkembang kempis segala isi badan, bolehlah jawab macam ni,

 "Well, kau ingat aku duduk JENGKA tak reti nak buat blog?"

bila aku survey beberapa blog, aku tengok ada banyak faktor kenapa orang buat blog. so, aku dengan tidak bartauliahnya membuat satu statistik analisis untuk menyenaraikan kenapa orang buat blog.
( pesanan penaja : ASWAD amat tension bila belajar STATISTIC QMT :-(   ) 

1-  Sesetengah orang guna untuk luahkan perasaan
aduh, dia orang ni memang main perasaan betul. kalau ada cerita pasal benda sedih, memang sedih betul. kalau ada cerita pasal benda lawak, rasa nak tergolek jatuh tangga pun ada. memang pandai betullah dia orang ni luahkan perasaan. kena marah dengan mak ayah la, putus couple la, kuku patah la... mcm2

2-  Sesetengah orang guna untuk bergosip
ni lagi satu. kita baca dia punya entry, tak pasal2 kutip saham akhirat. kalau saham bagus, takpe juga.. ishk2, tak patut betul. kalau setakat nak bergosip, buat mesyuarat tingkap cukuplah. tak payah nk bgtahu semua orang. pot-pet aje lah dengan kawan2 sndri. cerita jiran terkentut mcm ekzos kereta la, cerita kwn pergi sekolah zip terbuka dari pukul 7.30 pg smpai 1 tghari la, cerita pensyarah tak perasan ada bangkai nyamuk dekat pipi la... mcm2

3-  Sesetengah orang guna untuk mencapab
mencapab? apa maksud ni? aku sendiri baru gak la tahu pasal ayat tak diiktiraf ni. sebenarnya dia singkatan dua perkataan, 
menca= mencari, pab=pablisiti
maka, gabungannya dapatlah perkataan mencapab. 
pesanan penaja : ASWAD tidak mencapab ya...xD  )

4- Sesetengah orang guna untuk mencari keuntungan
okey, this kind of factor is acceptable. baguslah kalau macam ni. kadang-kadang orang buat blog untuk jual something kan? ada je yang jual baju, seluar, beg dan mcm2 lagi la... mungkin dia orang nk jimatkan kos dari segi sewa kedai, pakai blog pun boleh.. kalau pakai blog, kadang2 senang sikit nk amek order..tp jgnlah jual diri pula ye dalam blog. entah2 nnt kita nmpak ada blog yang tertulis : DIRI UNTUK DIJUAL. 
memang nk kene pelangkung tu...

5- Sesetengah orang guna dengan tujuan yang sama macam AKU...
haa, yang macam ni pun takpe..
( pesanan penaja : ASWAD nk menang aje )
tujuannya untuk menghilangkan rasa bosan dan bercerita apa yang patut, dan berkongsi pengalaman dengan orang2 yang sudi baca.. 
bagus kan? yeah, pujilah lagi..hahahaha

rasanya sampai sini aje la..
agak penat dan sibuk dengan persediaan nk jaga pelajar baru. mungkin akan ada entri pasal apa yang aku buat smnggu sebelum cuti sem mula kot..
insyaALLAH yer..

so, i'll see you all again later..tata tutu titi toto tete...xD
assalamualaikum

~1.23 pagi.
~mengantuk

No comments: