Sunday, June 24, 2012

Memorable Weekend :) (1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hai cik abang yang hensem nak mampus dan cik adik yang kiut gilerr. Macam biasalah, AKU nak ucapkan terima kasih daun keladi sebab sudi terjah blog aku yang tiba-tiba macam dah lawa semacam ni.

Dalam kepala korang semua, mesti tertanya-tanya, apalah yang si ASWAD ni nak merepek dalam entri kali ni. Unfortunately (tiba-tiba writing Londonnnn), AKU tak merepek untuk entri kali ni. AKU just nak sharing is caring dengan korang semua.

Seperti yang penerjah-penerjah blog sedia maklum, AKU memang dah tiga minggu berderet-deret tak ada cuti disebabkan event yang tak henti2 ada dekat Jengka tercintak ni. Dan Alhamdulillah, hujung minggu ni, aku berjaya "Merehatkan" diri daripada apa2 aktiviti berkaitan kerja. Weeee~

Hari Jumaat malam Sabtu lepas, tiba2 idea nakal lagi jahat aku datang mengetuk kotak fikiran.

" Kalau dapat makan steambot ni confirm melelehhh... "

Apa lagi, petang lepas aku melenjunkan badan dengan peluh dek main tenis, aku pun cakap pada incik HAZIQ, ajak geng2 pergi makan steambot.
Sebenarnya memang dah cadang pergi steambot, tapi diawalkan pula timingnya. Tak kesahlah kan. Janji perot ni bulat dapat isi makanan.. Heeee~~

Jejaka-Jejaka Gila Aiskrim

Sebelum kitorang pergi makan dekat kedai steambot tuh, kitorang singgah sat kat STARMALL. Saja nak menular. Macam awal sangat pula g makan kan. Tambah2 ada si HAZIQ, Hantu Aiskrim ni yang mengidam ChocoTop. Mengalahkan pompuan mengandung je mamat tuh. Dah abeh cuci mata dekat dalam Starmall tuh, apa lagi... Pecut pegi makan..!!!

Nyummyyyy~~

Sampai2 aje, lepas order air, terus kitowang serbu tempat dowang letak bahan2 untuk di steamboat kann. Hah, dekat 10 piring kitowang angkut. Tak lama lepas tu datang pula 6 piring ada daging, ayam, udang dengan sotong. HEAVEN..!!!

Untuk pengetahuan kowang2 yang dah terliur, harga dia sangatlah murah kalau nak compare dengan tempat lain. Satu kepala hanya RM13 je. air lain harga la.. Lepas tu kalau korang nak tambah ayam, daging or sotong or udang, hanya RM2 sepiring (Banyak tau tak!! )
Tempat dia? Dekat Kampung Chatin, OTW nak ke Mentakab. Jemputlah ye..


Kitowang tak sedar berapa lama kitorang dekat dalam tuh. dok melantak sampai tak ingat masa. Kitorang buat kedai tu macam kitorang yang punya. HAHAHA..

Ini AKID, si gwang soo versi Jambu..  :P



ini pula FAI, abang SportRec yang pitching setaraf Ziana Zain



Ini AKU. tak perlu nak elaborate la kan... XD



Ini FAIZOL, abg ladang yang hot setafff..



ini pula HAZIQ , konon2 artis sebab susah gle nak amek gamba dengan dia..  huh!


Enough for that night, kitowang dah kenyang, terus balik ke UiTM Tercintak. Jam dah pukul 11 waktu tu. Memang cari nahas kalau dok layan nafsu nak makan lagi. Naya kena kejar dengan Pengawal Keselamatan kita yang disayangi tuh. Yang paling happening, berkaraoke dalam kereta. Oh, waktu tu, masing2 jadi gila   =.="



Habis dah? Siapa cakap? next aku akan cerita dalam entri berikutnya. Tamau buat panjang2. Nanti jenuh nak baca. Hee..



P/s: Nak pergi lagiiii  (^.^)









No comments: