Thursday, April 14, 2011

Bila Exam dah dekat

Assalamualaikum.

   entri kali ini saya nak melepaskan segala kegeraman, ke-tension-an, kepanasan, ke-hot-tan yang ada. dengan lafaz bismillah saya akan mulakan..
sebelum tu, saya just nak bagitahu, KELAS DAH HABIS UNTUK SEMESTER nie..yeay...
Boleh baling beg ngn buku dah nie...

   saya faham dengan apa yang anda rasa sekarang. mesti anda semua nak gunakan masa yang ada ini untuk relax and release tension kan? ye la... selepas 14 minggu mengabdikan diri dengan buku( itupun kalau datang kelas), mestilah kita terasa nikmat kan bila kelas dah habis?

   saya tak salahkan anda semua nak gunakan study week ini untuk rehatkan otak dan segala sendi yang wujud di badan.. tapi saya akan jadi MARAH dan GERAM apabila ada something yang akan terjadi kelak..jom explore...

1. Bila nak buka buku, tapi seronok sangat relax...
   kalau jadi benda ni, memang saya nak marahlah. saya tahu anda akan tergoda dengan shopping complex, baju2 yang tergantung dekat kedai, KFC, McD, game... huh, memang semua itu akan membuatkan anda terasa seperti nak sorokkan buku bawah katil aje kan.. ingat, jangan terleka..
jangan sampai buku jadi macam nie yer..


2. Bila malas belajar, tapi cita2 tinggi melangit...
   Ini yang paling common lah dalam kalangan pelajar, lagi2 mereka2 yang tengah study dekat U... 

"bestnya dapat DEKAN.. takpe, aku pun nak DEKAN jugaklah..."

   Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.. tapi yang jadi suam2 nye apabila anda...

tak ingat dunia..


   ishk2... tak payahlah pasang angan2 tinggi ye lepas nie..saya tahu anda penat, tapi agak2 lah sampai study week jadi sleeping week..

3. Bila nak belajar, tapi tak pandai adjust masa...

   saya tujukan kepada mereka2 yang sudah senior lah yer... sebab mereka ni dah lama dekat U, mestilah mereka paling koman pun tahu macam mana nak gunakan study week ni (sebab dah pernah alami benda tu, and dah pernah menyesal tak sudah sebab tak study betul2. 
Kelam kabut sangat..


   janganlah dalam satu hari tu study bagai nak rak. sebab otak kita ni pun perlukan rehat. ini tak, dalam satu hari tu lah nak study 5 subjek serentak. siap nak habiskan silibus lagi. kalau macam tu, baik tak payah buat semester dekat U.. dalam masa seminggu je dah boleh graduate..

Buat jadual, tak rugi pun..

p/s: junior2, jangan tiru macam mereka okay..

4. Bila tak concentrate dalam 14 minggu kelas, tapi nak faham & hebat dalam 1 minggu study week...

   hello, zaman Albert Einstein dah lepas dah. Adi Putra pun dah lepas.. tak payah nak berangan boleh master dalam semua subjek waktu study week. saya berani jamin anda takkan score punya kalau tak concentrate waktu lecture..
nk jadi mcm dia!


   study week gunanya untuk revise balek apa yang kita dah belajar. bukannya untuk kita BELAJAR apa yang KITA TAK BELAJAR.. tapi dah lepas dah pun kan 14 minggu tuh, nasi dah jadi bubur.. 
sedap juga dapat makan bubur...


untunglah~

5. Bila nak score, tapi study last minute & menyusahkan orang lain...

   Ini yang paling nak marah dan geram... cita2 nak perform well dalam exam, tapi study week tak nak guna baik2. pergi sana, joli sini, tidur atas, gosip bawah... esok nak jawab paper, malam tu baru terkedek2 nak buka buku... waktu itulah orang yang dah buat persiapan awal2 akan menjadi mangsa. waktu itulah, mereka2 akan ber-qiamulail menghadap buku. waktu itulah, pelbagai pujuk rayu akan kedengaran untuk meminta supaya diajar..

    Kalau dapat yang jenis tak kisah diganggu pada waktu yang sepatutnya dia tidur, pada waktu yang sepatutnya dia dah tak mahu tengok buku sebab dia dah ready, dan pada waktu yang sepatutnya dia nak berehat, untunglah... kalau tak dapat, untunglah jugak~
Penat tahu tak..


6. Bila nak exam, tapi sibuk sorokkan 'TOYOL'...

   Sebenarnya saya tak berapa kisah sangat dengan isu TOYOL nie. saya tahu, pelajar universiti semuanyya hebat2.. mereka boleh berfikir secara kreatif dan kritis untuk membawa TOYOL mereka. ada yang 'memelihara' di dalam tandas, so, bila jawab exam, boleh pergi tandas dengan alasan nak kencing, tapi 'melawat' TOYOL sebenarnya.. ada yang menghubungi TOYOL dengan sms.. macam2..
creepy..


   satu persoalan, puas hati ke dapat result lawa tapi sebab ada TOYOL? fikir2kan lah yer...

huk huk.. macam dah panjang sangat dah khutbah tak rasmi ni. saya rasa cukuplah setakat ini sahaja kot. saya harap ada guna entri kali ini..

I WISH YOU ALL THE BEST.. STUDY SMART, OKAY?? 
Jom ramai2.....~


i'll see you next time..
tata tutu titi tete toto..
Assalamualaikum..
   



3 comments:

haznina said...

hahaha..nice one..

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

ada blog rupenye dak neh.hahaha

Anonymous said...

good luck final! :)

btw, OC kuantan masuk.. :D