Saturday, March 12, 2011

Luahan Hati Saya...

Assalamualaikum..

mesti korang tertanya-tanya kenapa aku dah lama tak pos entri baru kan?
aku tahu kowang semua rindu dekat aku...
Alhamdulillah, masih ada yang sayang aku.. gagagagaga.
~padahal takde orang peduli pun ASWAD.. hahaha..

macam biasa, aku agak sibuk kebelakangan ni. tu sebab takde masa sangat nak masukkan ke-merepek-kan aku dalam blog nie.. 
so, here i am.. ready to make one..haha..

topik aku hari ini ialah TELEFON BIMBIT.

The Question is : WHAT IS THE PURPOSES of MOBILE PHONE NOWADAYS..?

senang aje kan nak jawab? kalau soalan ni keluar final exam, aku rasa ramai yang dapat A+ untuk ni..haha.
tapi itu skema jawapan sekolah @ universiti.. yang ini jawapan versi ASWAD..hahaha

1. Digunakan untuk Membunuh
MashaAllah... ASWAD, apa ni? point pertama je dah kejam gila. kalau ada pensyarah tanda, terus dia koyak kertas jawapan. terus dia bad mood nak tanda kertas jawapan orang lain. hahaha..
sabar.. sebenarnya memang boleh digunakan untuk membunuh pun. mesti kowang penah dengar henpon baling anjing kan?
 haaa... itulah dia salah satu tujuan henpon 3310 itu dikeluarkan.. untuk membunuh anjing-anjing liar yang berkeliaran dan suka mengganggu orang.
lepas ni, kita cadangkan pihak bandaraya supaya jimat duit beli peluru pistol@senapang. apa kata pergi kedai henpon 2nd hand, beli 3310 jer.. nampak anjing liar, terus baling.. lepas guna, kutip balik, lepas tu samak, lepas tu boleh pakai balik.. kan dah boleh jimat duit kat situ..
~pernah kena kejar dengan anjing dekat simpang empat yg ada traffic light.. kena gelak dengan pemandu kereta yang tengah tunggu lampu hijau.. celaka punya anjing..

2. Digunakan untuk Mengayakan Tauke Kedai Cermin Mata
sekejap... apa kaitan antara henpon dengan tauke kedai speck? haa, jawapan versi ASWAD ni memang ada kaitan okey... macam mana? cer cite...
sekarang kan syarikat henpon tengah lumba-lumba nak buat henpon siapa yang paling kecil. bila henpon jadi semakin kecik, maka, keypad pun akan menjadi semakin kecik. jadi, apabila keypad semakin kecik, maka mata si pengguna pun akan semakin sepet. kepada yang dah sedia sepet, maybe akan buta..hahaha.
lagi2 kalau orang tua yang pakai.. aduh2. aku rasa dowang memang dah pakat dengan tauke ni kot..
~untunglah siapa pakai henpon touch screen...

3. Digunakan untuk Menjadikan Para Pelajar Menjadi Semakin Tidak Pandai
Haaa, ni lagi satu.. apa kaitannya? mestilah ada.. selalu benda2 macam ni jadi dekat universiti. dekat sekolah jarang sikit jadi sbab dowang tak boleh bawa henpon pergi kelas..
apa kes nya? bila test atau kuiz, memang akan ada SESETENGAH para pelajar yang BIJAK menggunakan teknologi ini. apa lagi, text kawan yang takde kelas yang tengah get ready untuk membelekkan buku, dan tet tet, dapat jawapan..
ishk2.. patutlah dah tak ramai yang grad pointer tinggi.. sob2..
~pernah  juga terfikir nak buat mcm nie..hehe

4. Digunakan untuk Melahirkan Manusia yang Bijak Menguruskan Masa
Macam mana pula dowang boleh pandai urus masa? guna alarm ke? bukan..
senang aje.. sambil menyelam, sambil minum air lah katakan.. ini bermakna, dowang buat dua kerja dalam satu satu masa.... just bayangkan dowang sambil bersembang sambil taip mesej, sambil jalan sambil taip mesej, sambil makan sambil taip mesej, sambil berak sambil taip mesej.. manusia ni memang pandai.. saya pun tergolong dalam golongan itu..hehe..
~pernah terlanggar banyak benda sebab tak concentrate waktu jalan..ishk2..

5. Digunakan untuk Mengurangkan Perbelanjaan Keluarga
Macam mana? haaa, meh sini aku ajar.. kepada sesiapa yang nak ada keluarga lepas ni, boleh lah guna taktik ni..
first thing, beli henpon yang ada kamera, mp3, game. tapi beli yang PALING MURAH.. haa, lepas tu, bila anak kowang merengek nak beli permainan, hulur je henpon tuh.. bila anak kowang merengek nak beli radio ke apa, hulur je henpon tuh.. and kalau anak kowang merengek sebab takde kamera, hulur je henpon tu..
tapi kalau dowang still merengek? 
buat purpose nombor 1 tadi..hahahahhaa..
~saya memang akan berjimat mcm ni.. baik gi makan dari membazir.kan..kan..

haaa, itu aje lah yang aku dapat fikirkan.. 
satu pantun untuk kowang...

mata dah berat,
perut dah buncit,
tangan dah penat, 
jom le kita pergi kedai runcit..

hahaha..
i'll see you soon..
tata tutu titi toto tete

assalamualaikum..
~Ada gotong royong.. dapat rasakan yang diri ini akan menjadi semakin penat..xD

No comments: