Friday, May 18, 2012

PABOLA, bukan ISKETAMBOLA

Assalamualaikum..!

Terima kasih aku ucapkan kepada cik mek molek dan abang2 yang konon-konon hensem tu sebab sudi singgah sekejap minum kopi di blog aku ni.
maaflah ye, ada kopi jantan je. nak tak?

pertamanya, aku nak minta maaf sebab dah lama gila tak update blog yang tak seberapa nak best ni. Alasannya, masih sama lagi. 
SIBUK!

al-maklumlah, orang dah bekerja kan. **uhuk2**

Untuk sesiapa yang suka busy body tu, sekarang ni aku tengah buat SKP (Skim Khidmat Pelajar) dengan UiTM Jengka tercinta ni. Dan aku dicampakkan ke UPK Siswa. Maka, dalam keadaan rela, aku pun memulakan tugas sebagai half-half di situ. (half student, half staff) heee..

kerja memang banyak. tapi ada something yang menarik yang aku nak kongsi bersama-sama dengan anda.

14 Mei hari tu, aku dengan bangga relanya bersama-sama dengan staf UPK yang lain pergi ke bengkel perkayuan. tujuannya?haaaa, untuk angkat pabola, dan dihantar ke Kolej Siswa.

Aku malas nak terang banyak2, biar gambar menjadi tukang cerita. Tapi aku nak highlight dekat sini, pabola tu 
SANGAT BERATTTTT....!!!!


Untuk pengetahuan korang-korang juga, PABOLA ni dibuat daripada pokok2 yang telah dibogelkan di kolej siswa tu. so, dah jimat kayu dekat situ sebab recycle. dan yang menariknya, student kita yang buat benda ni. best kan??

Ini lah dia PABOLA... mcm tokong cina pun ada kan?

ini pula bengkel perkayuan. besar..




Kitorang tengah pasang kayu untuk senang angkat..

ini adalah one of the tactic yang kami guna untuk menyenangkan angkat benda alah ni. sebab PABOLA ni serius berat. kalau jatuh atas kau, kemungkinan untuk masuk liang lahad tu sangat tinggi..

alat yang digunakan untuk apit kayu tu pada PABOLA (entah apa nama dia)


ginilah cara pasang dia. serius kukuh. hebat...!!

waktu angkat ni la yang paling terseksa. dah la aku yang paling lidi dekat situ. angkat sekali je, dah merah2 tangan. 

kitorang angkat PABOLA yang dianggarkan seberat 200kg sebiji dari bengkel ke kolej siswa dengan senang hati, berjalan kaki, sambil menikmati angin pagi. yeah..!!

damn!! gila nak jalan kaki? boleh osteoporosis tau tak?? 
apa lagi, kami pun menggunakan khidmat abang tough kita.. weee
traktor kami..!


atas traktor, on the way ke kolej. bergegar bontot tau takk.. +.+"

akhirnya, bila dah sampai, jadi satu bala pula nak turunkan benda alah tu, kalaulah boleh tiup aje kan. senangnye hidup.
bayangkan, 7 orang angkat pun, still terketar2 lutut.. oh my.

proses menurunkan..


penat

and for your info juga, ada SEPULUH ye PABOLA ni. total up, ada la dalam 2000kg kitorang angkat hari tu. tak berat mana pun.. mcm angkat 2 kereta je.. kannn? kannn?

**kalau tak naik muscle, tak tahu laaaaa**

kalau takde ni, mmg naya.. tq encik traktor..

selesai angkat semua, bos belanja nasi ayam. huh, berselera habis makan. penat? jangan cakaplah kan..

walaupun aku penat dan takde dalam gamba (sbb jadi cameraman, damn!), tapi seronok juga buat kerja2 luar mcm ni. peluh keluar dah boleh buat mandi.
tapi, yang best, aku dapatlah juga info sikit2 pasal kayu2 ni. seronok.


Ada good news lagi satu. baki2 kayu pokok tu akan digunakan untuk buat GAZEBO pula. dalam proses dah pun. dengar2, akan ada 20 GAZEBO di sekeliling kolej siswa.. Untunglah korang kan waktu aku dah grad, barulah macam2 ada.. 
**JELES**

pada adik2 junior kesayangan, sila jangan rosakkan ye...! nak kena pelangkung, silakan.. Teringin nak rasa mcm mana 200kg hempap badan, silakan..


so, setakat ini dulu entri untuk kali ni. kalau aku rajin lagi, aku post lagi ya..
bye bye sayonara..



p/s: rasa macam dah tough laaa..






1 comment:

mun mun said...

abg ni makin tough la nmpk nyer yer... huk huk huk... muscle smua dah timbul tu.. x pyah g gym dah.. nnti nk p jengka nk tengok isketambola tu lah..